Harian Metro: Hati |
Posted: 07 Sep 2012 07:11 AM PDT SEMEMANGNYA setiap helaian H&M direka untuk semua golongan. Tidak hanya fokus kepada fesyen wanita, H&M membahagikan rekaannya kepada beberapa himpunan yang ada sebahagiannya boleh didapati di Malaysia. Wanita
Direka untuk bayi hingga remaja berusia 14 tahun. Gayanya menonjol dengan rona ceria. Divided Aksesori Pakaian Dalam Kosmetik H&M Home Label lain Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/07 |
Posted: 07 Sep 2012 06:26 AM PDT BARANG kemas sememangnya sinonim dengan wanita dan setiap koleksi rangkaian perhiasan berharga sering menarik perhatian wanita untuk mencuba dan digayakan pada majlis keraian. Bagi memberi lebih banyak pilihan untuk wanita yang gemarkan barang kemas mewah, koleksi eksklusif daripada jenama Amee Philips bertemakan Glamour in Gstaad iaitu koleksi kedua di bawah Zang Toi Precious Jewels dilancarkan, baru-baru ini. Koleksi terbabit juga adalah rentetan daripada pertunjukan barang kemas Amee Philips pada Minggu Pertunjukan Fesyen Musim Luruh New York 2012 awal tahun ini yang turut membabitkan Zang Toi. Meminjam inspirasi Zang Toi mengenai Gstaad iaitu sebuah bandar di Switzerland, Amee mengolah perhiasan mewah itu ke dalam bentuk barang kemas sedia dipakai.
Katanya, permata bermutu tinggi kian sukar ditemui, sekali gus menjadikannya pelaburan yang menguntungkan bagi individu yang tahu menghargai nilai yang ada pada batu berharga itu. "Glamour in Gstaad adalah koleksi barang kemas yang lahir daripada gabungan batu permata mewah yang dipilih sendiri oleh saya dan jarang ditemui," katanya. Menurut Zang Toi yang hadir pada pelancaran koleksi baru itu, Gstaad ialah sebuah bandar yang penuh dengan unsur glamor dan gaya menawan. Katanya, ia mengenai glamor dan pakaian yang cantik untuk wanita jelita yang berani dan tidak berasa bimbang sekiranya diperhatikan. "Saya memerlukan perubahan besar selepas koleksi eksotik musim lalu dan berjaya mendapat ilham daripada Gstaad. Ia bermula dengan palet warna yang bersih dan mencuri tumpuan menerusi putih musim sejuk kerana pada saya, tiada yang lebih mewah daripada menyarungkan warna putih untuk musim sejuk," katanya. Koleksi barang kemas itu terdiri daripada rantai, anting-anting, kerongsang dan rantai tangan dengan semuanya direka dalam emas putih serta diperindahkan dengan berlian 18 karat yang digabungkan bersama permata indah seperti ibu mutiara, batu delima dan rubelite. Amee berkata, beliau hanya memilih batu permata terbaik bagi memuaskan hati pelanggan yang membeli barang kemas daripada koleksi eksklusif yang dihasilkannya. "Koleksi kali ini tidak hanya menjadi simbol gaya dan fesyen, malah ia boleh dijadikan warisan keluarga yang diperturunkan daripada generasi ke generasi. "Fokus koleksi ini terletak pada permata dan saya memilih permata seperti kunzite, batu delima, ibu mutiara serta berlian bagi mewujudkan elemen kontra terhadap rekaan Zang Toi yang menatakan warna terang. "Ia dengan mudah menyerlahkan rona semula jadi putih gading dan hitam bersama warna batu delima yang berkilau serta sengaja direka lebih besar di pentas bagi memberi penegasan. Untuk jualan kepada orang ramai pula, saya menyediakannya dalam skala lebih kecil supaya sesuai dipakai," katanya. Amee Philips mengukir namanya sebagai pakar dalam bidang batu permata membabitkan barang kemas buatan khas, eksklusif dan tersendiri. Rekaan versatil beliau iaitu V-Clip merevolusikan cara barang kemas dipakai dan memberi wanita kepelbagaian bagi menukar gaya aksesori mewah mereka mengikut kesesuaian acara. Jenama beliau juga pernah menerima Anugerah Rekaan Terbaik Malaysia dan turut dipatenkan di Malaysia, Amerika Syarikat, Eropah, Australia, China dan Hong Kong. Kehebatan Amee Philips bekerja dengan barang kemas menangkap minat Zang Toi yang mengagumi semangat wanita itu. Peluang untuk bertemu Amee Philips seterusnya mencipta pelbagai kerjasama bermula dengan Koleksi 1,001 Permata Berharga Zang Toi untuk persembahannya di New York, tahun ini. Barang kemas edisi terhad koleksi Glamour in Gstaad diletakkan pada harga antara RM30,000 sehingga RM200,000. Ia mempunyai butik di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dan Jalan Kelawei, Georgetown, Pulau Pinang. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/07 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan