Harian Metro: Setempat |
Posted: 11 Sep 2012 11:13 AM PDT KLANG: Kegiatan sekumpulan lelaki menggunakan teksi untuk menyamun tumpas dengan tertangkapnya empat lelaki di sebuah pangsapuri di Bandar Puteri Puchong, di sini, Ahad lalu. Kejayaan itu hasil laporan polis dibuat seorang suri rumah berusia 40-an yang kerugian RM10,000 selepas disamun kumpulan terbabit yang datang ke rumahnya di Taman Sungai Jati, di sini, Khamis lalu.
Beliau berkata, tanpa berasa curiga, mangsa keluar dari rumahnya selepas melihat seorang lelaki membunyikan loceng dan memanggil tuan rumah.
Katanya, siasatan lanjut menahan semua suspek berusia 18 hingga 27 tahun dan merampas pelbagai barangan yang dipercayai disamun termasuk sebahagian barang milik suri rumah terbabit.
Menurutnya, polis turut menemui teksi yang digunakan suspek untuk melakukan kegiatan samun dan siasatan awal mendapati suspek menyewa teksi berkenaan daripada individu lain.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/12 |
Posted: 11 Sep 2012 11:10 AM PDT AMPANG: Menyedari kepentingan keselamatan penduduk di Ampang Jaya, anggota polis dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menjalankan 'Vertical Policing' iaitu rondaan di bangunan tinggi seperti diperkenalkan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, lapan balai polis dalam pentadbirannya sudah menjalankan rondaan itu sejak awal bulan lalu secara berperingkat.
Berikutan itu, Balai Polis Ampang kelmarin melaksanakan program berkenaan di Pangsapuri Astaria di Taman Kosas, di sini, yang disambut baik penduduk pangsapuri itu.
"Sebelum ini, polis hanya melakukan rondaan di kawasan sekitar dan bawah bangunan. Melalui program itu, polis akan menjalankan rondaan dengan naik ke atas setiap blok. "Rondaan terbabit dilakukan setiap hari mengikut jadual ditetapkan dan berterusan," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/12 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan