Harian Metro: Setempat |
Posted: 12 Sep 2012 12:46 PM PDT KLANG: Hanya kerana mahu menghalang sekumpulan individu cuba mencuri minyak petrol motosikal milik ibunya, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun bertarung nyawa dan terlantar di hospital dua bulan selepas dibakar hidup-hidup individu terbabit di Desa Idaman, Taman Sentosa, di sini, 29 Julai lalu. Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia di Hospital Selayang (HS), di sini, jam 6.30 pagi semalam.
Mangsa yang cedera serius di seluruh anggota badan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang sebelum dirujuk ke HS untuk rawatan lanjut.
Katanya, polis masih menyiasat motif dan punca kejadian memandangkan tiada saksi yang melihat atau berada di tempat kejadian.
"Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan siasatan terperinci terus dijalankan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/13 |
Tiga pelajar ponteng ragut penumpang wanita Posted: 12 Sep 2012 12:44 PM PDT KUALA LUMPUR: Sekumpulan remaja ponteng sekolah dikesan meragut penumpang stesen transit aliran ringan (LRT) di sekitar ibu negara sebelum seorang daripadanya diberkas polis, kelmarin, ketika melakukan jenayah itu terhadap seorang pelajar perempuan kolej swasta di Stesen LRT Hang Tuah, di sini. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, sekumpulan remaja terbabit yang masih di bawah umur berkeliaran secara berkumpulan dengan memakai pakaian biasa pada waktu persekolahan.
"Suspek bukan saja meragut telefon pintar milik mangsa, malah turut mencabulnya yang cedera di lutut.
"Soal siasat mendapati remaja terbabit mengaku melakukan samun terhadap seorang wanita di Desa Tasik, Mac lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/13 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan