Harian Metro: Setempat |
Pelajar melecur barbeku meletup Posted: 14 Sep 2012 11:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Lima pelajar sebuah sekolah menengah di Taman Mulia, Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, pagi semalam melecur teruk selepas berlaku letupan ketika mereka berbarbeku sempena majlis rumah terbuka Adilfitri di sekolah berkenaan jam 9.30 pagi semalam. Mangsa membabitkan pelajar tingkatan empat dan seorang tingkatan lima dengan empat daripada mangsa parah akibat melecur 25 hingga 45 peratus dari paras pinggang hingga muka.
"Baju saya terbakar pada bahagian seluar dan lengan, saya kemudian menanggalkan seluar dengan bantuan rakan.
Menurutnya, setakat ini kes berkenaan tiada unsur jenayah dan lebih menjurus kepada kemalangan. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/15 |
Tunggakan cukai MBSA RM13 juta Posted: 14 Sep 2012 11:48 AM PDT SHAH ALAM: Tunggakan cukai taksiran keseluruhan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sehingga Disember tahun lalu mencecah RM13 juta membabitkan cukai taksiran industri, perdagangan, kediaman dan pertanian. Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, cukai taksiran membabitkan kediaman faktor utama kepada pertambahan angka keseluruhan tunggakan cukai taksiran berkenaan.
"Berdasarkan pemantauan MBSA, kami mendapati pegangan harta yang mempunyai jumlah tertunggak terbanyak adalah kediaman membabitkan hampir 8,000 akaun pemegang harta dengan jumlah tertunggak minimum RM300.
"Sebelum ini, langkah sama diambil terhadap premis perindustrian dan perdagangan yang menjurus kepada penurunan jumlah tunggakan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/15 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan