Harian Metro: Setempat |
Posted: 18 Sep 2012 03:56 PM PDT SUBANG JAYA: Seorang anggota Balai Polis Subang Jaya patah gigi, luka di lengan dan lutut kanan selepas bergelut dengan seorang penjenayah yang cuba menyerangnya dengan parang dalam kejadian di Persiaran Kewajipan berhampiran SS14, di sini, tengah malam semalam. Dalam kejadian pada jam 12.50 tengah malam, anggota itu yang berusia 20-an bersama empat lagi rakan setugas mengejar tiga suspek lelaki yang menaiki motosikal yang cuba menyamun di SS16, di sini.
"Anggota berkenaan menghampiri dua lelaki terbabit yang menaiki satu motosikal, manakala seorang lagi menunggang sendirian untuk membuat pemeriksaan identiti.
"Ketika mengejar, seorang suspek yang membonceng mengeluarkan parang panjang dari dalam bajunya lalu melibas ke arah anggota polis yang menghampiri dengan motosikal.
Katanya, seorang anggota polis mengejar suspek terbabit dan mengepungnya di tempat kejadian sebelum suspek nekad menyerang dengan parang panjang.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/19 |
Posted: 18 Sep 2012 03:53 PM PDT KUALA LUMPUR: Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan waris dua mayat reput yang ditemui dalam rumah mereka di Taman Desa dan Jalan Abdul Samad yang kini belum dituntut. Mayat pertama, Nisar Ahamed M Raj Mohamed dengan kad pengenalan, 610125715017 ditemui polis di rumahnya di Danau Murni Condo, Taman Desa, dekat sini, pada 11 September lalu.
Bagi mayat kedua pula, Lim Kuan Sam (441008105549) ditemui di rumahnya di F 96 Jalan Abdul Samad, dekat sini, awal pagi kelmarin dan dipercayai meninggal dunia beberapa hari lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/19 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan