Harian Metro: Setempat |
Posted: 05 Sep 2012 03:32 PM PDT SUBANG JAYA: Bersandarkan kepada kepakaran dalam bidang masing-masing, sindiket antarabangsa didalangi ceti haram atau along bersama institusi kewangan dan mereka yang terbabit dalam bidang perundangan dikesan menjadikan bangunan dan premis di sekitar Pelabuhan Klang sebagai pusat operasi pelbagai kegiatan haram. Menjadikan pembeli hartanah sebagai mangsa, kumpulan terbabit mengaut keuntungan mudah hasil manipulasi prosedur pemilikan aset dengan kerugian ditanggung pembeli yang berminat mencecah RM2 bilion sejak tiga tahun lalu.
Katanya, taktik berkenaan mula digunakan tiga tahun lalu selepas pihaknya menerima aduan pembeli yang tertipu dan kerugian selepas tidak mendapat harta dijanjikan biarpun sudah menandatangani perjanjian jual beli.
Menurutnya, hasil siasatan lanjut pihaknya mendapati wujudnya rundingan 'senyap' antara beberapa pihak sehingga membawa kepada penemuan pembabitan ceti haram dan 'orang dalam' institusi kewangan yang bersubahat menipu pembeli.
Sementara itu, Nadzim berkata, pihaknya kesal dengan situasi itu dan menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas bagi mendakwa mereka yang terbabit selain mengkaji semula prosedur sedia ada bagi lelongan dan tuntutan balik aset. "PPIM bersama Cassa akan menghantar memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz selain membuat laporan polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung perkara ini minggu depan," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/06 |
DBKL kaji kurangkan lesen pusat hiburan Posted: 05 Sep 2012 03:28 PM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengkaji semula pemberian lesen pusat hiburan serta kelab malam di ibu kota dan kemungkinan bilangan sedia ada dikurangkan. Ini berikutan kewujudan banyak masalah sosial dan jenayah di premis terbabit.
Katanya, dasar yang ditetapkan memutuskan sebelum sesebuah kelab malam beroperasi, premis itu perlu dipastikan lokasi dan jaraknya bersesuaian, mementingkan keselamatan dan tidak mengundang berlaku kes jenayah.
"Sehingga kini belum ada kata putus dan ia akan dibincangkan dalam masa terdekat," katanya memberitahu operasi kelab malam dan pusat hiburan tertakluk kepada kelayakan dan polisi DBKL.
Beliau berkata, keputusan itu diambil supaya tidak mendatangkan banyak masalah sosial dan jenayah seperti kes tembakan dua penjaga kelab di Jalan Doraisamy, baru-baru ini.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/06 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan