Harian Metro: Setempat |
‘Master’ tilik guna SMS Posted: 07 Sep 2012 04:40 PM PDT SHAH ALAM: Satu sindiket menawarkan khidmat menilik nombor ekor menerusi telefon bimbit dikesan mengedarkan risalah dari rumah ke rumah di bandar raya ini, Klang dan Banting sejak beberapa hari lalu. Risalah hitam putih itu tertera nama sebuah kuil, gambar seorang sami lelaki dipercayai tukang tilik, sekeping nombor ekor dan resit keputusan pemenang menampilkan pengakuan seorang lelaki mengenai keberkesanan tilikan itu yang diberi secara percuma oleh seseorang yang digelar 'Master'.
Bagaimanapun, nasibnya berubah selepas menghubungi talian berkenaan dan menerima nombor daripada Master serta membelinya pada harga RM80 untuk nombor besar dan RM110 untuk nombor kecil.
"Sebahagian besar penduduk di kawasan perumahan tempat saya tinggal beragama Islam. Jadi, tindakan mereka mengedarkan risalah terbabit tidak elok," katanya.
Apabila cuba ditanya lanjut mengenai tulisan nama sebuah kuil, lelaki terbabit berkata ia sebuah kuil Buddha di Kedah.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/08 |
Perlu telus rahsia identiti pengadu Posted: 07 Sep 2012 04:37 PM PDT KUALA LUMPUR: Rata-rata Persatuan Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA) menyokong tindakan tegas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menangani isu penyalahgunaan kediaman berkenaan berikutan dianggap sudah menindas hak golongan yang lebih memerlukan. Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Kampung Baru Air Panas, Zalina Hassan berkata, DBKL boleh meneruskan cadangan untuk memberi ganjaran kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat kegiatan penyalahgunaan flat PPR mahupun PPA, tetapi perlu diteliti supaya tidak memudaratkan pihak berkaitan.
Menurut Zalina, pihaknya pernah berbincang mengenai isu ganjaran, namun ramai penduduk mempersoalkan ketelusan DBKL merahsiakan identiti pengadu.
Ismail berkata, senario itu banyak berlaku di PPR mahupun PPA dan situasi bertambah buruk jika pemilik menyewakan kediaman kepada warga asing. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/08 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan