Harian Metro: Setempat |
Terbunuh rempuh rombongan pengantin Posted: 08 Sep 2012 09:00 AM PDT ENDAU: "Kami tidak sangka perjalanan menghantar adik ipar melangsungkan pernikahan malam ini (kelmarin) di Rompin, Pahang, berakhir di hospital dan bukannya rumah pengantin apabila Proton Exora kami naiki bertembung sebuah Proton Wira," kata Zaiton Abdul Fatah, 44, menceritakan kemalangan maut di Kilometer 13 Jalan Mersing-Endau di sini, kelmarin. Dalam kejadian pada jam 7.15 malam itu, seorang remaja Fadhil Ariffin, 18, dari Simpang Renggam yang duduk di tempat penumpang belakang Proton Wira meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di kepala dan badan, manakala dua lagi rakannya cedera ringan.
Penumpang lain cedera ringan dan semua mangsa kini mendapatkan rawatan di Hospital Mersing.
"Akibatnya, saya dapat melihat seorang penumpang kereta itu tercampak dari kenderaan itu namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana cedera," katanya.
Katanya, mereka dibawa ke Hospital Mersing untuk mendapatkan rawatan manakala sebuah MPV lain dinaiki saudara mara lain terpaksa meneruskan perjalanan menghantar bakal pengantin yang melangsungkan pernikahan malam kelmarin.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/08 |
Posted: 08 Sep 2012 08:57 AM PDT KUANTAN: Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak dapat menahan kesedihan apabila secara tidak sengaja terlanggar rakan setugasnya sehingga menyebabkan mangsa maut, di Simpang 3, Jalan Tebuan, di Kem Batu 10, Jalan Gambang, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam, mangsa, Jasmelia Jafari berusia 27 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) ketika sedang menerima rawatan.
Menurutnya, akibat rempuhan secara tidak sengaja itu, mangsa tercampak dan terjatuh atas permukaan jalan sebelum dikejarkan ke HTAA untuk mendapat rawatan.
"Jenazah mangsa sudah dituntut oleh ahli keluarganya sebelum dibawa pulang ke Pangkalan TUDM, pagi semalam," katanya di sini, semalam. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/08 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan