Harian Metro: BeritaUtama |
‘Anu’ bengkak pakai gelang Posted: 12 Oct 2012 03:39 PM PDT IPOH: Bidang tugas anggota pasukan bomba dan penyelamat kini bukan sekadar memadam kebakaran atau mengeluarkan mangsa kemalangan, malah turut meliputi kerja menyelamatkan lelaki gila seks gara-gara cincin, gelang besi atau nat skru tersangkut pada kemaluan mereka. Dalam kes terbaru, minggu lalu khidmat anggota bomba dan penyelamat Ipoh ditagih pihak hospital bagi memotong nat besi yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki berusia 30-an. Lelaki terbabit berbuat demikian kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya pemasangan gegelang seperti cincin dan nat pada kemaluan mampu meningkatkan keupayaan seksual serta memanjangkan zakar. Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Mahir Mat Saad berkata, lelaki itu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, selepas nat besi bersaiz lebih kurang syiling 50 sen yang disarungkan pada pada kemaluannya gagal dikeluarkan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/13 |
‘Bengkel’ kereta curi Posted: 12 Oct 2012 03:39 PM PDT KULIM: Tindakan seorang lelaki sering membawa rakan-rakannya membaiki kereta selain teman wanita pulang ke rumah keluarganya di Taman PKNK, dekat sini, membongkar rahsia kegiatan mencuri kereta apabila pihak berkuasa menyerbu rumah itu, kelmarin. Dalam serbuan jam 6 petang itu, suspek berusia 27 tahun dikesan menjadikan rumahnya sebagai 'bengkel' membaiki kereta menimbulkan syak dalam kalangan penduduk setempat. Menurut sumber, polis yang menerima maklumat daripada jiran suspek mengenai rakan-rakannya yang sering datang ke rumah itu menaiki pelbagai kereta. Katanya, mereka akan menjalankan kerja mekanik di depan rumah hingga lewat malam dan kegiatan itu menimbulkan curiga penduduk di taman itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/13 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan