Harian Metro: BeritaUtama |
Pilih ‘teman’ dalam kereta Posted: 13 Oct 2012 04:19 PM PDT KUALA LUMPUR: Pesan, tunggu, pilih dan angkut. Itulah taktik orang jual orang yang menggunakan sistem ala pandu lalu kepada pelanggan untuk memilih wanita teman pengiring. Berdasarkan penyamaran wartawan Metro Ahad, urus niaga itu dijalankan secara terbuka di tepi jalan dengan pelanggan dikehendaki menunggu di dalam kereta berhampiran sebuah hentian teksi. Orang tengah yang dipanggil abang kemudian akan menemui bakal pelanggan yang menunggu di dalam kereta untuk bertanyakan ciri wanita pengiring dikehendaki dan harga ditetapkan. Dia akan menyusup masuk ke kawasan bangunan berhampiran sebelum muncul bersama seorang wanita. Jika berkenan, pelanggan dikehendaki membuat bayaran kepada orang tengah terbabit sebelum membawa wanita berkenaan ke tempat diingini.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/14 |
Posted: 13 Oct 2012 04:19 PM PDT KUALA LUMPUR: Bermodalkan RM6 segelintir remaja termasuk penuntut institut pengajian tinggi (IPT) dan pelajar sekolah dikesan mencipta 'formula lalok' dengan mencampurkan ubat batuk dan sejenis pil kononnya sebagai minuman kesihatan tambahan untuk kecerdasan badan dan otak. Bagaimanapun, perbuatan kreatif tidak bertempat ini boleh mengundang maut jika diambil secara berlebihan selain menyebabkan kerosakan paru-paru, hati, sistem penghadaman, buah pinggang, otot badan mengecut dan berat badan menurun secara mengejut. Penemuan kaedah baru menghasilkan formula yang murah dan mudah didapati ini menjadi faktor utama peningkatan penyalahgunaan ubat batuk di kalangan remaja. Kos untuk menghasilkannya iaitu RM6 jauh lebih murah berbanding ubat batuk haram yang dijual antara RM50 hingga RM80 sebotol (150-200 mililiter), manakala bekalan ubat batuk mudah diperoleh di farmasi sekitar Lembah Klang.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/14 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan