Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 14 Oct 2012 02:37 PM PDT KOTA BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat kini menjadi sebutan apabila dikatakan mendapat tawaran RM3 juta oleh pasukan lain dan bayaran itu termasuk RM800,000 bagi menebus kontraknya dengan Kelantan yang masih berbaki tiga tahun. Sekiranya khabar angin itu menjadi kenyataan, Khairul Fahmi, 23, atau lebih dikenali dengan panggilan Apek bakal menjadi pemain bola sepak tempatan termahal, mengatasi bekas penyerang Selangor, Safee Sali yang menerima bayaran lebih RM2 juta untuk mewakili kelab Indonesia, Pelita Jaya FC. Khabar angin mengenai tawaran RM3 juta untuk Apek itu tersebar di Internet terutama laman sosial, facebook dan tawaran berkenaan dikatakan dibuat pasukan Johor. Ketika diminta komennya mengenai khabar angin itu, Apek enggan mengulas lanjut, namun mengakui ada pasukan dari negeri lain yang cuba 'memancingnya'.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/15 |
Posted: 14 Oct 2012 02:37 PM PDT KUANTAN: Suspek utama kes bunuh warga emas dalam kejadian samun di Kampung Baru Simpang Sanggang, Temerloh, pada 14 September lalu, Muhamad Azirywan Mohd Azlan, 21, yang ditembak mati oleh polis, awal pagi semalam, dipercayai menganggotai satu kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai KK Merah yang sering terbabit dalam pelbagai siri jenayah samun bersenjata dan kekerasan di sekitar Pahang. Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, ketua kumpulan KK Merah, Mohd Hairie Abdul Malik, 28, beralamat di Kampung Tebing Tinggi, Temerloh, masih diburu dan dipercayai dalang utama semua kegiatan jenayah kumpulan berkenaan.
Sharifuddin berkata, pada jam 1.30 pagi, 7 Oktober lalu, polis menahan seorang daripada ahli geng terbabit, Mohamad Ashraf Nordin, 16, beralamat di Kampung Sungai Dingin, Batu 2, Jalan Temerloh, Temerloh.
Sebelum kejadian, Muhamad Azirywan yang menaiki Proton Waja berwarna perak yang menggunakan nombor pendaftaran PET 8048, dikesan sepasukan anggota polis dari Cawangan Jenayah Berat (D9) di persimpangan lampu isyarat menghala ke Jerantut, jam 1.30 pagi semalam.
"Anggota polis menghampirinya untuk membuat pemeriksaan namun suspek melepaskan tembakan dari dalam kenderaan itu. Polis membalas tembakan dalam usaha mempertahankan diri dan selepas pemeriksaan lanjut dilakukan di dalam kereta itu, anggota polis mendapati seorang lelaki mati terkena tembakan," katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, petang semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/15 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan