Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 19 Oct 2012 04:46 PM PDT PARIT BUNTAR: Hati ibu mana tidak remuk apabila anak lelakinya yang menghidap sindrom Down diperbodohkan kumpulan penagih dadah dan turut diasuh menjadi 'mayat hidup'. Ibu berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ani, 70-an, berkata, anak lelakinya berusia 30-an yang juga orang kelainan upaya (OKU) kini menjadi penagih dadah selepas dipengaruhi pemuda liar supaya menghidu gam, dua tahun lalu "Selain disuruh menghidu gam, anak saya turut diajar merokok dan diberikan rokok mengandungi ganja oleh pemuda kampung yang liar dan terbabit penagihan dadah. "Akibatnya, anak saya kini penagih dadah seperti mereka," katanya yang ditemui ketika menemani anaknya menjalani sesi rawatan dan pemulihan penagih dadah anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kerian, di sini.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/20 |
Posted: 19 Oct 2012 04:46 PM PDT REMBAU: Seorang remaja maut manakala tiga rakannya cedera parah apabila kereta dinaiki mereka yang hilang kawalan, merempuh pondok di tepi jalan di kilometer 6 Jalan Pedas-Linggi, dekat sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 11 malam itu, Muhammad Amir Izzat Mohd Isnin,15, yang memandu kereta jenis Honda Jazz, cedera parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 2 pagi semalam di HTJS ketika dirawat. Difahamkan, mangsa bersama tiga lagi rakan sebayanya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Desa Permai Kundur, di sini, ketika kejadian berlaku. Saksi, Nor Suhada Md Dom, 20, berkata, ketika kejadian dia berada di dalam rumah apabila terdengar dentuman kuat lalu meluru keluar.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/20 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan