Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 21 Oct 2012 04:12 PM PDT PASIR GUDANG: Dengan alasan bosan menguruskan rumah tangga, seorang suri rumah berusia 20-an menghabiskan masa enam hingga lapan jam sehari di sebuah pusat siber di sini, semata-mata untuk bermain permainan komputer. Lebih mengejutkan, akibat ketagihan permainan itu, wanita bergelar ibu yang menjadi pelanggan tetap kafe siber berkenaan membawa anak lelakinya berusia tiga tahun ke pusat terbabit sejak lebih setahun lalu. Lebih malang, wanita terbabit tidak memberikan anaknya makan hingga kanak-kanak berkenaan terpaksa mengutip sisa makanan di kawasan berhampiran termasuk makanan kucing. Pengurus pusat siber berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Raihan, 30, berkata, wanita dari Masai itu mengunjungi pusat sibernya sejak lebih setahun lalu bersama seorang kanak-kanak lelaki yang diakui anak tunggalnya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22 |
Posted: 21 Oct 2012 04:12 PM PDT ALOR SETAR: Sekumpulan 200 lelaki dipercayai Mat Rempit bertindak ganas dengan memecahkan cermin kereta dinaiki dua lelaki sebelum membelasah mereka, menyebabkan seorang daripada mangsa parah dalam kejadian di Jalan Pegawai, di sini, awal pagi kelmarin. Kejadian kira-kira jam 2 pagi itu menyebabkan mangsa remaja berusia 18 tahun parah di kepala serta badan dan kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, manakala rakannya berusia 21 tahun dirawat sebagai pesakit luar HSB. Difahamkan, sebelum kejadian, kedua-dua mangsa menaiki Proton Saga Aeroback dikatakan dalam perjalanan ke sebuah restoran di Lebuh raya Darulaman, di sini, untuk menikmati makan tengah malam bersama rakan. Sebaik tiba di satu persimpangan lampu isyarat, pemandu kereta itu mahu membelok ke kiri sebelum dikatakan terlanggar seorang Mat Rempit sehingga terjatuh menyebabkan kumpulan berkenaan mengejar mangsa bersama rakan-rakannya sejauh satu kilometer.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan