Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 24 Oct 2012 04:15 PM PDT ALOR GAJAH: Lebih 30 individu termasuk pelajar sekolah serta orang dewasa hanya menjadi penonton dan langsung tidak berusaha meleraikan pergaduhan membabitkan tiga pelajar yang berakhir dengan seorang daripadanya meninggal dunia, semalam. Insiden menyedihkan itu berlaku di Perhentian Bas Pulau Sebang, di sini, jam 2.30 petang semalam dan mangsa K Saravannan, 14, ditumbuk bertubi-tubi selama hampir 30 minit oleh dua pelajar sebaya yang menyerangnya sehingga pengsan. Selepas pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Pulau Sebang itu terbaring tidak sedarkan diri, lebih 30 individu yang menjadi penonton itu kelam-kabut melarikan diri dan meninggalkan mangsa terbaring sendirian di tempat kejadian. Mangsa dikejarkan rakannya ke Hospital Tampin, Negeri Sembilan dengan kereta namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/25 |
‘Jangan tarik...saya sakit!’ Posted: 24 Oct 2012 04:15 PM PDT SEREMBAN: "Tolong jangan tarik saya, sakit," rintih seorang pemandu lori balak yang terpaksa menahan azab hampir sejam selepas dihempap kayu balak apabila lori dinaiki membawa muatan hasil hutan itu terbalik di Jalan Seremban-Jelebu di Bukit Tangga, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 3 petang itu, lori balak dipandu mangsa bersama seorang kelindan dalam perjalanan dari Jelebu ke Gemencheh dipercayai menurun bukit di satu selekoh apabila hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh lereng bukit laluan berkenaan. Bagaimanapun, kelindan lori, V Radakrishnan, 48, dapat dikeluarkan orang ramai sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) oleh ambulans manakala identiti pemandu lori belum dikenal pasti. Saksi kejadian, Amirul Haziq Amir, 18, berkata, ketika kejadian dia yang menunggang motosikal sendirian dalam perjalanan menghala ke Seremban terkejut sebaik melihat lori balak itu terbalik di lereng bukit.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/25 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan