Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 05 Oct 2012 02:46 PM PDT KUALA LUMPUR: "Daripada sakit sendirian, biar semuanya sakit," kata Chi, 16, gadis Vietnam penghidap penyakit kelamin kronik yang dieksploitasi sebagai pekerja seks selepas diperangkap sindiket pelacuran. Berkongsi kisah hitamnya dengan Harian Metro, Chi mendakwa dia dipaksa menjadi pekerja seks di Malaysia selepas terperangkap dengan janji manis sindiket pelacuran yang menawarkan pekerjaan sebagai model atau kerani dengan bayaran mencecah RM3,000 sebulan. Menurutnya, sejak dipaksa menjadi pekerja seks, dia mula berdendam dengan lelaki dan hanya berpura-pura gembira ketika melayani mereka di ranjang. "Jika tidak berbuat demikian, saya dipukul bapa ayam. Jadi, mahu tidak mahu, saya terpaksa layan mereka," katanya memberitahu dia turut dipaksa mengambil ubat yang membolehkannya melayan 10 lelaki dalam satu malam. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/06 |
‘Tak rela berpisah’ Posted: 05 Oct 2012 02:43 PM PDT KOTA BHARU: Seorang warga emas yang lumpuh, buta dan hidup dalam kedaifan bertekad untuk terus menjaga anak lelakinya yang juga orang kurang upaya (OKU) berusia 57 tahun, walaupun anaknya itu pernah ditawarkan untuk ditempatkan di pusat perlindungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Esah Mohd Yusof, 89, berkata dia tidak sanggup berpisah dengan anaknya, Zulkifli Mohd Nor, yang tidak mampu bergerak sejak lahir kerana bimbang tiada sesiapa yang mahu menjaga zuriatnya itu. "Saya tidak akan meninggalkan Zulkifli kerana sayangkannya. Jika hendak bawa anak saya ke pusat perlindungan, bawa saya sekali kerana saya tidak sanggup berpisah dengannya.
Menurut Esah, dia mempunyai empat anak, namun dua daripadanya sudah meninggal dunia dan kini tinggal bersama Zulkifli, manakala seorang lagi anaknya bekerja di luar Kelantan.
Esah berkata, dulu ada wanita yang diupah menjaganya dan anaknya tetapi wanita itu menipunya dengan mengambil wangnya untuk kegunaan sendiri, malah menggunakan namanya untuk pendaftaran talian telefon sehingga bil mencecah RM600 sebulan.
"Wanita itu melarikan diri dengan membawa bersama barangan berharga di dalam rumah, malah MyKad dan kad bank saya turut dicuri.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/06 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan