Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 06 Oct 2012 09:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Dia hanya gadis naif berasal dari sebuah kampung di utara Semenanjung. Tanpa kelulusan tinggi, Nadia yang ketika itu berusia 21 tahun berhijrah ke ibu kota untuk mencuba nasib sebagai pekerja kilang. Bagaimanapun, tidak sampai dua bulan di Kuala Lumpur, perkenalannya dengan ahli perniagaan, Zahrain, 53, mengubah kehidupannya untuk bakal bergelar 'penghuni neraka'. Diberi duit poket RM5,000 sebulan seperti gaji eksekutif muda dan disediakan rumah serta kereta, Nadia nekad berhenti kerja 12 tahun lalu, semata-mata inginkan kemewahan dan keselesaan hidup selepas lelaki itu berjanji menjadikannya isteri kedua. Namun janji tinggal janji. Impiannya untuk menjadi suri hidup lelaki kaya itu belum kesampaian, sebaliknya dia hanya dijadikan pemuas nafsu sejak 12 tahun lalu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/06 |
‘Ia satu kesilapan jujur’ Posted: 06 Oct 2012 09:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi popular, Shazrina Azman, 30, atau Mizz Nina memohon maaf berhubung kesilapan membabitkan ucapan penghargaan dalam album terbarunya, Take Over, yang dipasarkan Mei lalu. Kesilapan sewaktu merakam rasa syukur terhadap kelahiran album terbabit dan disiarkan dalam kulit album Take Over mencetuskan kontroversi apabila perkataan yang sepatutnya ditulis Allah SWT dicatat sebagai Allah SAW.
Walaupun album itu sudah lama dipasarkan, kesilapan dilakukan pihak pengurusan Mizz Nina dibangkitkan apabila ia dicalonkan dalam Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19) bagi kategori Cover Album Terbaik.
"Saya memohon maaf atas kesilapan yang berlaku dan akan memastikan kesilapan sama tidak berulang lagi," katanya yang kini tampil dengan single terbaru, Summer Burning.
"Setahu saya, sewaktu proses penjurian, tiada juri membangkitkan isu berkenaan dan pada kami, ini kali pertama pihak AIM mendengar mengenai kesilapan yang berlaku," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/07 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan