Harian Metro: Hati |
Cegah penularan bakteria, virus Posted: 14 Oct 2012 08:43 AM PDT Sentuhan dengan cecair badan individu yang sakit. Kanak-kanak adalah ejen yang sangat cekap untuk menyebarkan jangkitan. Apabila tangan terkena permukaan tercemar, tanpa disedari mereka boleh dijangkiti dengan hanya menyentuh mata, hidung dan mulut. Biasanya selepas kanak-kanak dijangkiti, ahli keluarga juga akan turut mendapat jangkitan yang sama. Inilah sebabnya kalau anak anda batuk, selesema dan demam, jangan hantar si kecil ke pusat jagaan harian. Anda hanya akan membahayakan kanak-kanak lain. Ada pakar menganggap mencuci tangan dengan sabun dan air bersih adalah vaksin yang boleh mencegah jangkitan. Mengapa? Najis manusia adalah sumber utama kepada kuman yang menyebabkan cirit-birit. Ia adalah 'pembekal' kepada jangkitan gastro usus yang lazim seperti syigelosis (jangkitan akut bakteria pada lapisan dalam usus), taun dan demam kepialu. Satu gram najis manusia dianggarkan boleh mengandungi 10 juta virus dan satu juta bakteria! Virus dan bakteria berbahaya ini boleh berpindah dan menjangkiti seseorang melalui pelbagai cara. Jadi dengan mencuci tangan selepas keluar dari tandas atau menukar lampin bayi menggunakan sabun dan air bersih boleh mencegah perpindahan mikro organisma yang tidak diingini ini khususnya kepada orang tersayang, kanak-kanak kecil di bawah usia lima tahun dan orang tua. Selain itu, mencuci tangan juga menjadi kaedah penting dalam pencegahan penularan jangkitan penyakit saluran pernafasan seperti selesema. Malah ia juga menjadi benteng pertahanan bagi penyakit yang lebih serius contohnya meningitis, bronkiolitis, influenza dan hepatitis A. Malah Ketua Unit Kawalan Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh, Dr Christopher Lee pernah menyebut, jika kita sakit dan ditahan di hospital, kita berhak meminta petugas perubatan seperti doktor dan jururawat yang hendak merawat kita untuk mencuci tangan mereka terlebih dulu. Ini kerana tangan petugas juga boleh tercemar melalui pelbagai cara termasuklah ketika mengambil darah pesakit, memeriksa tekanan darah atau nadi pesakit, membantu pesakit bergerak, menyentuh pakaian atau cadar tilam pesakit, memegang peralatan dalam wad termasuklah katil, lampu meja mahupun pam intravenus (bagi memasukkan cecair ke dalam salur darah). Jurnal Perubatan New England 2006 melaporkan ramai doktor dan jururawat 'terlupa' untuk mencuci tangan mereka sebelum menyentuh pesakit. Walaupun kajian ini dilakukan di luar negara tetapi tidak mustahil turut berlaku di kalangan kakitangan perubatan di sini. Jadi, sebagai pesakit, kita berhak meminta doktor atau jururawat untuk membersihkan tangan mereka terlebih dulu sebelum memberi rawatan atau membuat pemeriksaan terhadap pesakit. Dalam Soal Selidik Kebersihan Antarabangsa 2009 untuk mengetahui sikap penduduk Malaysia terhadap kebersihan; 31 peratus responden berkata, mereka mencuci tangan selama lima saat selepas keluar dari tandas. Responden lain memberitahu mereka mencuci tangan selama 10 saat (34 peratus); 20 saat (15 peratus) dan 60 saat (18 peratus). Lima saat adalah tempoh yang sangat singkat, besar kemungkinan mereka Bila perlu cuci tangan? Bila-bila dirasakan perlu, terutama apabila tangan kelihatan kotor. Namun sebagai panduan umum, cucilah tangan apabila berada dalam keadaan seperti yang disenarai di bawah: Bilas dengan air bersih dan lap hingga kering. Perlukah menggunakan air suam untuk mencuci tangan? Tidak perlu kerana air hangat tidak cukup panas untuk membunuh bakteria. Kajian menunjukkan penggunaan air suam tidak memberi kesan lebih baik daripada air pada suhu bilik dalam mengurangkan jumlah bakteria di tangan. Bakteria membiak dengan lebih cepat pada suhu badan (37∞C). Bagaimanapun, jika tangan anda berminyak, air suam dan sabun dapat membersihkan tangan dengan lebih baik. Perlukah menggunakan sabun antibakteria? Juga tidak perlu kerana sabun mandi yang biasa sudah cukup dan ia boleh membersihkan tangan sebaik sabun antibakteria. Namun, tidak salah jika mahu menggunakan sabun antibakteria, cuma ada sesetengah pihak bimbang kekerapan menggunakan sabun antibakteria boleh menimbulkan masalah berlakunya kerintangan bakteria iaitu keadaan Perkara penting yang perlu anda ingat selepas mencuci tangan ialah mengelap tangan hingga kering sama ada menggunakan kertas tisu atau tuala bersih. Kajian Universiti Westminster London pada 2008 mendapati jumlah bakteria pada tangan yang dikeringkan dengan mesin pengering (menggunakan udara panas) meningkat 254 peratus pada tapak tangan dan 194 peratus di hujung jari). Tangan yang dikeringkan dengan mesin pengering jet udara (lebih moden) didapati menunjukkan peningkatan jumlah bakteria sebanyak 15 peratus pada tapak tangan dan 42 peratus di hujung jari. Sebaliknya, tangan yang dikeringkan dengan tuala kertas menunjukkan pengurangan jumlah bakteria sehingga 77 dan 76 peratus pada tapak tangan dan hujung jari. Bagaimana jika jauh dari sumber air bersih dan tiada sabun? Walaupun air dan sabun adalah kaedah terbaik membersihkan tangan, tetapi jika tiada, kita boleh menggunakan cecair pembasmi kuman berasaskan alkohol (mengandungi 60 peratus alkohol). Jika tangan kotor dan jauh dari sumber air, lap dengan tisu lembap dan gunakan cecair pembasmi kuman. Untuk lebih mudah, bawalah tisu lembap yang dilengkapi dengan ciri antibakteria ke mana saja kita pergi. Ada yang bertanya, adakah kandungan alkohol dan bahan antikuman itu mendatangkan kesan sampingan jika seseorang itu makan sejurus selepas itu? Selain itu, penggunaan tisu lembap juga pilihan baik (kini sudah ada tisu lembap antibakteria) terutama ketika anda jauh dari punca air dan sabun. Namun begitu, pastikan tangan anda benar-benar kering sebelum menyentuh orang lain. Cara menggunakan cecair pembersih tangan antibakteria: |
Posted: 14 Oct 2012 08:26 AM PDT PELBAGAI program dijalankan bagi meningkatkan kesedaran wanita terhadap kepentingan melakukan pengesanan awal kanser sekiranya terdapat sebarang keganjilan pada kawasan payudara. Jenama produk melembutkan fabrik terkenal, Softlan juga tidak terkecuali memainkan peranan dalam memupuk kesedaran ramai mengenai perkara ini menerusi penganjuran kempen amal kanser payudara Softlan sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia. Bertemakan 'A Touch of love. A Touch of Life', kempen amal ini bertujuan mengumpulkan sejuta ikrar serta sumbangan RM100,000 sebagai tanda sokongan kepada promosi kesedaran terhadap kepentingan pemeriksaan awal kanser payudara. Setiap sumbangan terkumpul akan disalurkan kepada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang berjuang untuk penghidap penyakit berkenaan antaranya Majlis Kanser Kebangsaan (Makna), Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA) bagi menyokong inisiatif menggalakkan pemeriksaan awal mengesan penyakit berkenaan.
"Setiap cerita dikongsi wanita tabah ini adalah pengakuan ikhlas mengenai kepercayaan, harapan dan juga keberanian mereka yang pastinya mampu mengubah bentuk kehidupan wanita lain yang mengalami pengalaman sama. "Ikrar yang ditunjukkan adalah simbol harapan dan janji individu yang melakukannya dengan memberikan sokongan dan kekuatan kepada mereka berhadapan dengan kanser agar bangkit dan tabah menghadapi kehidupan mendatang," katanya. Hadir sama dalam pelancaran kempen ialah Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd; Chris Pikounis, Presiden dan Pengarah Perubatan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), Dr Saunthari Somasundram; Presiden Pertubuhan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), Ranjit Kaur dan juga Pengurus Unit Antarabangsa Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Matheus Trevizoli. Untuk membantu menggalakkan pengumpulan ikrar, Softlan me–ngetengahkan lima langkah mudah yang boleh dilakukan orang ramai bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap kempen amal ini. Antaranya ialah dengan membuat pembelian pek amal Softlan yang memiliki tanda istimewa, mengunjungi program jelajah yang dianjurkan Softlan dan menandatangani ikrar, memuat naik gambar ketika membuat ikrar ke laman disediakan dan juga berkongsi mesej kempen terbabit pada laman facebook sendiri. Selain itu, buat kali pertama sepanjang empat kali penganjuran kempen amal sebegini, Softlan memperkenalkan laman www.facebook.com/SoftlanBCC sebagai cara mudah untuk orang ramai termasuk generasi muda menandakan ikrar mereka terhadap kempen amal ini. Laman terbabit menyediakan pelbagai maklumat berkaitan kesihatan payudara bertujuan mendidik gadis remaja dan wanita kepentingan pengesanan awal melalui pemeriksaan sendiri payudara. Sepanjang Oktober ini, Softlan bersama rakan amalnya akan mengadakan program jelajah ke tujuh pasar raya utama dan wanita dijemput hadir bagi mendapatkan pemeriksaan percuma dan mendapatkan maklumat mengenai pemeriksaan payudara sendiri daripada doktor serta jururawat terlatih yang mengikuti program berkenaan. Antaranya di Carrefour Wangsa Maju, Mid Valley dan Pulau Pinang (5 hingga 7 Oktober lalu), di 1 Utama pada 17 hingga 21 Oktober dan di AEON Bukit Tinggi, AU2, Setiawangsa dan Tebrau City pada 19 hingga 21 Oktober ini. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/14 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan