Harian Metro: Setempat |
Posted: 10 Oct 2012 03:12 PM PDT KUALA LUMPUR: Tindakan sebuah syarikat pemaju perumahan dan komersial membuat sambungan paip haram di kawasan rumah contoh di Jalan Duta, di sini, sejak 2007 menyebabkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berdepan kerugian bernilai RM99,627.30. Sambungan haram itu dikesan menerusi serbuan Syabas dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) semalam selepas menerima aduan orang awam yang tinggal berdekatan kawasan terbabit.
Bagaimanapun, disebabkan pemaju memulakan satu lagi projek berhampirannya, sambungan paip dilakukan secara haram dipercayai bagi menyalurkan bekalan air ke empat rumah contoh banglo tiga tingkat serta landskap di sekitarnya.
Sehubungan itu, kata Priscilla, pihaknya mengeluarkan notis untuk menuntut semua jumlah ini supaya dibayar balik kepada Syabas manakala pihak Span mengeluarkan notis bagi mendakwa pemaju dan tindakan denda RM100,000 atau penjara tidak melebihi setahun diambil mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air (AIPA) 2006 di bawah Seksyen 123 (1) dan (3). Menurutnya, bagi tempoh 1 Januari hingga 8 Oktober lalu, sebanyak 2,841 aduan berhubung kes kecurian air diterima dan disiasat Syabas dengan 578 daripadanya didapati sahih berbanding 3,775 aduan pada 2011 dengan kesahihan kes sebanyak 534.
Katanya, pihaknya berharap orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan sebegini, mereka boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian 1-800-88-5252 beroperasi selama 24 jam atau menghantar khidmat pesanan ringkas ke talian 39222. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/11 |
Suri rumah gagal dapat ganti rugi RM1.6j Posted: 10 Oct 2012 03:10 PM PDT PUTRAJAYA: Isteri seorang peniaga pasar borong yang meninggal ketika dalam tahanan polis pada 1999 gagal mendapatkan ganti rugi RM1.6 juta daripada bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Norian Mai dan Kerajaan Malaysia. Ini susulan keputusan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan di sini, semalam, yang diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkiefli Ahmad Makinudin yang tidak memberi kebenaran kepada Suzana Md Aris untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan. Zulkiefli berkata, semua hakim panel itu sebulat suara berpendapat permohonan Suzana yang diwakili peguam P Uthayakumar tidak mempunyai merit dan gagal melepasi peruntukan Seksyen 96 Akta Mahkamah Persekutuan yang memberi kebenaran untuk merayu. Pada 7 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan KPN dan kerajaan Malaysia dan menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang memberi ganti rugi kepada Suzana. Selain Zulkifli, hakim lain ialah Datuk Hashim Datuk Yusoff, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Seri Sulong Matjeraie.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/11 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan