Harian Metro: Setempat |
Posted: 11 Oct 2012 03:14 PM PDT KUALA LUMPUR: Walaupun medan selera beroperasi di dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya, namun masih ada majikan yang berani menggaji pekerja asing tanpa dokumen sejak awal tahun lalu. Kegiatan itu terbongkar selepas Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Putrajaya membuat serbuan melalui Ops 6P Daya dan menahan 16 orang termasuk 10 warga asing dan enam majikan warga tempatan.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (II), Mohd Izzat Mohd Jamil berkata, melalui pemeriksaan berkenaan, pihaknya mendapati ramai majikan mengambil jalan mudah dengan menggaji warga asing tanpa dokumen sah walaupun mengetahui ia menyalahi undang-undang.
"Kami menahan 16 orang termasuk 10 warga asing termasuk enam Indonesia, tiga (Thailand) dan seorang (Myanmar) serta enam majikan warga tempatan untuk siasatan lanjut," katanya di sini, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/12 |
Tiga penyakit akibat stres di tempat kerja Posted: 11 Oct 2012 03:11 PM PDT KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengenal pasti hilang pendengaran, penyakit kulit dan penyakit paru-paru sebagai penyakit berbahaya yang sering menghantui kalangan pekerja di abad ini. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, pekerja menghidap tiga penyakit itu akibat tekanan atau stres di tempat kerja.
Menurutnya, penyakit hilang pendengaran disebabkan bunyi bising di tempat kerja mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 867 kes pada tahun lalu, tetapi menurun 26 peratus berbanding 1,173 kes pada 2010.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/12 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan