Harian Metro: Setempat |
Posted: 13 Oct 2012 03:57 PM PDT SERI ALAM: "Kalau kau nak barang aku simpanlah buat kenangan." Itulah kata-kata terakhir Nur Natasya Ashiqin Zulkifli, 20, seorang daripada empat mangsa terbunuh apabila dua motosikal bertembung di Jalan Masai-Kong-Kong berhampiran tanah perkuburan Kristian di sini, kira-kira jam 3 pagi semalam. Rakannya, Nuraina Syazana Arif, 20, berkata selain kata-kata itu, dia dan rakan lain turut hairan dengan perlakuan Natasya ketika mereka berbual tiga minggu lalu apabila arwah kerap bercerita mengenai kematian.
"Malam sebelum kejadian, Natasya keluar bersama beberapa rakan untuk ke sebuah hotel di Pasir Gudang bagi menghadiri majlis makan malam. Dia dikatakan keluar bersama teman lelakinya selepas majlis itu selesai. Menurut rakan serumah Natasya, dia terserempak dengan kemalangan itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah tetapi tidak menyangka ia membabitkan arwah," katanya.
Natasya dan Aufa menunggang motosikal jenis Kawasaki 250cc manakala Thinakaran serta Suthan menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ.
Teman serumah Mohamad Aufa, Mohd Rais Sudarno, 20, pula berkata, malam sebelum kejadian, mangsa keluar tanpa memaklumkan tempat ditujunya dengan menunggang motosikal yang dibeli beberapa bulan lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/14 |
Ibu tunggal, anak ditahan tonton lumba haram Posted: 13 Oct 2012 03:54 PM PDT KUALA TERENGGANU: Seorang ibu tunggal berumur 38 tahun bersama anak perempuannya berusia 17 tahun antara 400 orang yang ditahan dalam Operasi Khas Trafik Bukit Aman di hadapan kem tentera di Jalan Padang Midin, di sini, kelmarin. Dalam operasi jam 6.30 petang itu, dua beranak yang berasal dari Kampung Kuala Ibai, di sini yang ketika sedang berkumpul menyaksikan aksi lumba haram sehingga mengganggu ketenteraman awam dan lalu lintas di kawasan berkenaan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis yang berpakaian preman.
Selain ada yang sanggup menggadai nyawa dengan menunggang motosikal secara melawan arus, seorang pendawai elektrik berusia 18 tahun dari Kampung Seberang Marang, Marang dan seorang pembantu kedai makan berusia 21 tahun dari Manir turut ditahan kerana bertindak merempuh anggota bertugas dan memandu secara merbahaya bagi meloloskan diri. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/14 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan