Harian Metro: Setempat |
Posted: 16 Oct 2012 03:33 PM PDT SHAH ALAM: Terdesak mahu mendapatkan wang untuk membayar hutang along, lima lelaki yang juga anggota 'Geng Mambau Singh' nekad menyamun tiga beranak yang juga peniaga barang kemas dan melarikan barang kemas seberat lima kilogram (kg) bernilai RM700,000 dalam kejadian di Jalan Anggerik Doritis, Kota Kemuning, dekat sini, pada 27 September lalu. Selain membayar hutang, suspek juga menggunakan wang yang disamun untuk membeli dua motosikal secara tunai selain menggunakan wang berkenaan untuk berjoli dan membeli minuman keras.
Zahedi berkata, dengan penahanan suspek polis menemui semula dua ketulan emas seberat 780 gram bernilai RM140,000 daripada barang kemas milik mangsa yang sudah dileburkan suspek, wang RM18,950 dan dua motosikal yang dibeli secara tunai menggunakan wang jualan emas yang disamun.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/17 |
Posted: 16 Oct 2012 03:31 PM PDT KUALA LUMPUR: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat (PKMDHL) mencari waris atau ibu kepada dua bayi lelaki dan seorang bayi perempuan masing-masing berusia lebih sebulan. Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Hulu Langat, Noor Adelin Nordin berkata, pihaknya menerima rujukan kes kanak-kanak itu yang ditinggalkan di Hospital Ampang, di sini, selepas dilahirkan.
Berikutan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat waris kanak-kanak berkenaan boleh menghubungi Noor Adelin di talian 03-87378007 atau tampil ke PKMDHL di Lot 2-58, Kompleks Hentian Kajang, Jalan Reko, Kajang, Selangor. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/17 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan