Harian Metro: Setempat |
‘Sila serah dokumen’ Posted: 17 Oct 2012 04:33 PM PDT KUALA LUMPUR: "Kami desak supaya ahli jawatankuasa sebelum ini menyerahkan segala dokumen berkaitan termasuk membentangkan laporan kewangan kepada penduduk. "Jika tidak, kami akan mengambil tindakan undang-undang kerana penyelewengan berjumlah lebih RM2 juta dilakukan selama ini," kata Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Apartmen Lestary, Zainol Abideen Katchee Mydin.
Menurutnya, ia berlaku disebabkan kegagalan pengurusan itu membayar bil tertunggak sejak 2008 termasuk bayaran kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyebabkan notis sudah dikeluarkan 11 kali sepanjang tempoh itu.
Selain itu, lebih mengejutkan, baki terakhir akaun pengurusan tidak sampai RM40 sedangkan kutipan semasa sepatutnya berjumlah RM62,100 meliputi bayaran penyelenggaraan dan bil Syabas.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/18 |
Posted: 17 Oct 2012 04:30 PM PDT SELAYANG: Sebanyak 33 premis dikompaun atas pelbagai kesalahan membabitkan lesen dan kebersihan pada Operasi Bersepadu Jabatan Pelesenan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), semalam. Operasi yang dijalankan di Batu 16, Rawang disertai 25 anggota penguat kuasa itu membabitkan 80 premis perniagaan termasuk kedai makan, bengkel, kedai runcit, kedai perabot dan butik.
"Sepanjang lebih tiga jam operasi, 28 premis dikompaun RM500 hingga RM1,000 bagi kesalahan lesen manakala lima premis makanan dikompaun berjumlah RM1,000 bagi kesalahan kebersihan dan kesihatan.
Katanya, pemantauan dilakukan selepas tempoh terbabit dan sekiranya pemilik premis masih ingkar, pihaknya akan mengambil tindakan tegas termasuk menyita dan menggantung lesen perniagaan mereka.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/18 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan