Harian Metro: Setempat |
3 ejen ‘herba ajaib’ diserbu Posted: 18 Oct 2012 04:05 PM PDT KUALA LUMPUR: Tiga salun kecantikan digempur Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas dikenal pasti menjadi ejen menjual 'herba ajaib' yang dipercayai mampu menurunkan berat badan antara 10 hingga 15 kilogram dalam tempoh kurang daripada sebulan. Lebih memeranjatkan apabila siasatan mendapati pil herba pelangsing badan yang ditawarkan mereka itu diseludup masuk ke negara ini melalui taktik membuat pengisytiharan palsu ketika melepasi pemeriksaan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).
Timbalan Pengarah Farmasi (Kuatkuasa) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Jaafar Lassa berkata, serbuan jam 11.30 pagi semalam dilakukan serentak di dua salun kecantikan di Kota Damansara dan Shah Alam manakala satu lagi di Terengganu.
"Produk yang mengandungi 30 pil berbentuk gel bagi pengambilan selama sebulan ini dijual RM70 hingga RM120 sebotol.
Difahamkan, seorang daripada pemilik terbabit menggunakan taktik pembungkusan semula dengan meletakkan label syarikatnya sendiri pada produk berkenaan bagi mengelakkan ia dikesan pihak berkuasa.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19 |
‘Polis’ jual barang lelong dikehendaki Posted: 18 Oct 2012 04:03 PM PDT SHAH ALAM: Polis memburu seorang lelaki dipercayai menyamar anggota polis sebelum menawarkan diri menjual barang lelong milik balai polis dengan harga murah di Sabak Bernam, sejak dua tahun lalu. Jurucakap polis berkata, suspek berusia awal 40-an itu menyamar anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Balai Polis Sungai Besar dengan membuat tawaran untuk menjual komputer riba berharga RM1,000 dan telefon bimbit pada harga kurang RM500 kepada mangsa.
"Ketika menjalankan urus niaga, suspek tidak membawa komputer riba dan telefon bimbit itu dan berjanji bertemu mangsa semula untuk menyerahkan barang yang dibeli kemudian.
Orang ramai yang mengenali suspek atau mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Rodziah Ahmad Tajuddin di talian 012-4874652 dan Sarjan Zuljabar Arshad di talian 012-6240247 dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam atau hubungi 03-32410222 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan