Harian Metro: Setempat |
Posted: 19 Oct 2012 04:18 PM PDT KUALA LUMPUR: Tindakan pihak tertentu merobohkan tembok serta pagar pusat aktiviti penduduk di Taman Damai Rasa, di sini, menimbulkan pelbagai tanda tanya dan kemarahan penduduk di taman itu. Ini berikutan tindakan pihak terbabit tidak mengikut prosedur betul dan mendahului pihak berkuasa.
"Kami sudah menghantar rayuan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan tarikh pengosongan berakhir esok (hari ini), tetapi oleh kerana tindakan melulu individu terbabit merosakkan tembok kabin ini menyebabkan penduduk tidak puas hati.
Menurutnya, kerugian yang ditanggung akibat kejadian merosakkan harta benda awam itu kira-kita RM10,000 dan merugikan wang rakyat. Sementara itu Pengerusi Penaja Persatuan Masyarakat Islam Damai Rasa (Pemida), Mohd Yusof Amir berkata, beliau amat kesal dengan kejadian terbabit kerana ia satu kerugian kepada orang ramai tidak dapat menjalankan aktiviti yang dirancang.
Setiausaha Pemida, Suhaimi Mohamad berkata, mereka sedar kabin terbabit bukan kawasan surau dan mereka menumpang sementara waktu untuk menjalankan aktiviti di situ sementara permohonan untuk membina surau di kawasan itu masih dalam perbincangan bersama DBKL.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/20 |
Langsing ekspres tak tahan lama Posted: 19 Oct 2012 04:16 PM PDT KUALA LUMPUR: "Walaupun ramai yang tidak sabar untuk tampil langsing, tetapi hakikatnya tiada jalan pintas untuk seseorang itu mengurangkan berat badan secara cepat dan selamat," kata Perunding Pemakanan Institut Jantung Negara (IJN), Siti Farhath Sehu Allavuddin. Beliau berkata, pengurangan berat badan mendadak hanya membawa kesan negatif kepada sistem badan, malah penggunaan pelbagai ubat bagi mengurangkan berat badan yang mendakwa mampu menguruskan badan dengan cepat hanya membawa kesan sementara.
"Cara paling selamat dan terbaik ialah menjaga pemakanan dan melakukan senaman yang dapat membakar lemak secara konsisten," katanya ketika dihubungi, semalam.
"Kehilangan air yang banyak ini berbahaya pada sistem badan dan boleh membawa maut. Oleh itu, tiada jalan pintas untuk kurus dengan sihat dan kekal lama selain cara hidup yang sihat dan sering bersenam," katanya. Harian Metro semalam melaporkan mengenai tiga salun kecantikan yang digempur Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas dikenal pasti menjadi ejen menjual 'herba ajaib' yang dipercayai mampu menurunkan berat badan 10 hingga 15 kilogram dalam tempoh kurang daripada sebulan.
Tambah menakutkan apabila kandungan pil yang dikatakan dihasilkan daripada sejenis herba terpilih kononnya berasaskan buah acai berry itu dicampur racun Sibutramine yang boleh membawa maut dan penyebab sakit gila. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/20 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan