Harian Metro: Setempat |
Posted: 20 Oct 2012 07:29 AM PDT JEMPOL: Pertengkaran mulut akibat perselisihan faham antara dua sahabat berakhir dengan tragedi ngeri apabila seorang maut akibat ditujah di muka dan dipukul dengan batang besi pengangkat sawit di sebuah ladang di Bukit Rokan Utara, dekat sini, semalam. Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, mangsa berusia 39 tahun dan dua rakan berusia 40 hingga 45 tahun yang juga pekerja ladang pergi ke lokasi itu untuk mengambil hasil sawit.
"Suspek tidak berpuas hati terus memukul mangsa dengan sebatang besi pengangkat sawit sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
"Polis yang menerima laporan kejadian ke lokasi terbabit berjaya menahan suspek di rumah kongsi berdekatan ladang, sejam selepas kejadian.
"Mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat, manakala rakan yang menyaksikan kejadian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol untuk diambil keterangan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/20 |
Posted: 20 Oct 2012 07:26 AM PDT BATU PAHAT: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan kini menjalankan siasatan menyeluruh berkaitan empat remaja mendakwa diseksa di sebuah rumah perlindungan di Rembau, menyebabkan mereka melarikan diri, Selasa lalu. Jurucakap JKM Negeri Sembilan berkata, setakat ini belum ada keputusan dibuat kerana siasatan masih dijalankan. Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak), Mohammad Khairul Hafiz Abdullah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap rumah perlindungan remaja terbabit jika dakwaan empat remaja itu benar. "Penderaan ini adalah satu penganiayaan dan pencabulan hak remaja berkenaan. Jika dakwaan ini benar, kami akan mengambil tindakan undang-undang selain berusaha meminta mahkamah memberi kebenaran kepada pihak berkaitan membuat lawatan mengejut di rumah perlindungan terbabit," katanya, semalam. "Kami beranggapan tiba satu tahap untuk mewujudkan lembaga pelawat yang akan membuat pemeriksaan dan lawatan ke rumah perlindungan seperti ini bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini terjadi," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/20 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan