Harian Metro: Setempat |
Posted: 21 Oct 2012 04:13 PM PDT AMPANG: Sebanyak 383 cap jari timbul jelas berjaya dikesan dalam semua kes jenayah di Selangor bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, daripada jumlah itu, 96 peratus cap jari milik penjenayah tegar manakala hanya 3.6 peratus milik individu yang baru melakukan jenayah.
"Oleh itu, saya menyeru masyarakat supaya membantu polis dalam memastikan penjenayah yang dibebaskan tidak mengulangi perbuatan jenayah secara berulang," katanya ketika sidang media selepas menghadiri program 'Bersatu Mencegah Jenayah' di Dewan Serbaguna Taman Cempaka, Ampang, di sini, semalam.
Katanya, tanpa bantuan dan kerjasama masyarakat, masalah terbabit tidak selesai dan ia terus berulang. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22 |
Posted: 21 Oct 2012 03:59 PM PDT KUALA LUMPUR: Tak sampai lima meter keluar dari pagar rumahnya, seorang lelaki warga emas mati ditembak dari jarak dekat di depan mata isteri dan pembantu rumahnya dalam kejadian di Jalan Desa Permai, di Taman Desa, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 9.10 pagi itu, mangsa Foong Yen Chong, 72, yang juga pesara syarikat insurans mati di tempat kejadian selepas satu daripada lima das tembakan dilepaskan seorang lelaki bertopeng mengenai bawah telinga kanannya. Menurut sumber, pernah berlaku dua kejadian tembakan di rumah berkenaan pada 2009 hingga 2011, bagaimanapun, mangsa tidak cedera. Katanya, kejadian pertama berlaku antara 2009 atau 2010 apabila seorang individu melepaskan tujuh das tembakan ke arah rumah mangsa.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan