Harian Metro: Setempat |
Posted: 03 Oct 2012 11:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Kegembiraan seorang lelaki menonton cerita seram buat kali pertama dalam hidupnya bertukar tragedi apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 5.3, Lebuhraya Kuala Lumpur- Seremban arah Sungai Besi berhampiran Desa Petaling, pagi semalam. Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa yang juga pembonceng motosikal, S Kavi Arasu, 21, maut di tempat kejadian kerana parah di kepala selepas tercampak ke tebing jalan manakala penunggang motosikal terbabit yang identiti belum dikenali cedera parah.
Menurut sepupu mangsa yang dikenali sebagai Ammu, 21, sebelum kejadian itu, mendiang menghubunginya memberitahu baru selesai menonton sebuah drama seram.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Kilometer 9, Lebuh raya Damansara Puchong (LDP) arah Petaling Jaya, seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah kereta yang tidak sempat mengelak.
Mayat mangsa yang tersepit di bawah kereta terpaksa dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/04 |
Radio rosak undang risiko kapal di Pelabuhan Klang Posted: 03 Oct 2012 11:41 AM PDT PELABUHAN KLANG: Pelbagai jenis kapal yang keluar dan masuk ke Pelabuhan Klang berisiko mengalami pelanggaran apabila Saluran Marin 12, iaitu radio yang digunakan untuk berkomunikasi rosak sejak seminggu lalu. Kerosakan peralatan itu menimbulkan persoalan tahap keselamatan navigasi kerana ia komunikasi antara kapal asing, kawalan trafik, malim atau pengendali kapal, pejabat malim dan kapal yang diberi pengecualian malim oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan pelabuhan berkenaan.
"Bagaimanapun, Saluran 16 ini sangat sibuk, ditambah dengan semua komunikasi di Pelabuhan Klang terpaksa menggunakannya. Pihak operator pelabuhan dan LPK tidak mampu mengatasi masalah ini yang berlarutan hampir seminggu.
"Pada 27 September lalu, berlaku satu kemalangan antara kapal tangki minyak yang diberikan pengecualian malim oleh LPK dengan kapal yang berada di dermaga Pelabuhan Selatan milik sebuah syarikat dari Taiwan. Kejadian ini menjatuhkan imej pemaliman di Pelabuhan Klang dan secara tidak langsung imej Malaysia kepada dunia luar.
Sumber itu turut mempersoalkan pengambilan tiga bekas tentera warga Myanmar oleh operator syarikat Pelabuhan Barat untuk bekerja sebagai malim, walaupun ada bekas tentera kita yang memohon jawatan itu, tetapi tidak diendahkan. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/04 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan