Harian Metro: Setempat |
‘Tiada siapa hasut, desak’ Posted: 05 Oct 2012 01:56 PM PDT SHAH ALAM: Jika Rabu lalu lebih 200 penduduk perumahan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membuat demonstrasi secara aman di hadapan ibu pejabat PKNS, Seksyen 13, di sini, bagi mendesak perbadanan itu melupuskan hutang pembelian rumah mereka, semalam, lebih 100 penduduk perumahan Desa Mentari dan Kampung Lindungan, Petaling Jaya pula melakukan tindakan sama. Yang Dipertua Persatuan Penduduk Desa Mentari, Ishak Maarof berkata, desakan itu dilakukan bukan disebabkan hasutan mana-mana parti politik atau badan bukan kerajaan (NGO), sebaliknya kesedaran penduduk terhadap sikap kerajaan negeri yang tidak prihatin terhadap rakyat yang berpendapatan rendah.
"Kami tidak menyangka, selain kami ada penduduk turut berfikiran seperti apa yang sudah kami rancangkan. Ini kebetulan.
Mengulas dakwaan PKNS yang menyatakan mereka tiada kaitan dalam pembayaran wang hutang berkenaan, Ishak berkata, desakan itu tetap dibuat memandangkan perbadanan itu anak syarikat kerajaan negeri dan perlu bertanggungjawab membantu nasib penduduk.
"Kerajaan negeri hanya menggunakan PKNS untuk kesenangan politik mereka. Sekarang, rakyat sudah bangkit untuk menuntut janji pilihan raya mereka dulu yang mahu membantu golongan berpendapatan rendah," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/06 |
Posted: 05 Oct 2012 01:51 PM PDT KUALA LUMPUR: Sangkaan pihak hospital seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun mati didera meleset selepas hasil bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat usus pecah. Mangsa, Tan Siong Ling yang meninggal dunia Rabu lalu jam 9.30 malam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) disangka didera selepas terdapat beberapa kesan lebam di bahagian belakang badannya.
Katanya, dalam keadaan tenat, anak saudaranya itu diberi bantuan oleh doktor pakar di kedua-dua hospital, namun meninggal dunia di PPUM.
Low berkata, hasil bedah siasat, usus anak saudaranya pecah dipercayai ketika proses untuk menyelamatkannya dilakukan pakar perubatan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/06 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan