Harian Metro: Setempat |
Posted: 07 Oct 2012 02:05 PM PDT SHAH ALAM: Kegembiraan seorang sahabat menemui rakan senegaranya berakhir tragedi apabila dia ditemui mati dalam keadaan ngeri dengan perut terburai di kaki lima sebuah bangunan pejabat kosong di Jalan Kota Raja, Hicom Town Centre di Seksyen 27, di sini awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Santhartun, 31, warga Myanmar ditemui orang awam dalam keadaan terlentang berlumuran darah dengan kesan tikaman di perut.
"Berdasarkan maklumat diterima, mangsa dipercayai baru tiba dari Ipoh malam kelmarin untuk bertemu rakannya yang menyewa di bangunan berkenaan.
Zahedi berkata, melihat mangsa yang sudah tidak bernyawa, suspek yang ketakutan terus melarikan diri dan gerakan memburunya sedang dijalankan.
Katanya, pemeriksaan polis di rumah suspek juga menemui sebilah pisau pemotong sayur berukuran 20 sentimeter dipercayai digunakan suspek menikam mangsa.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/08 |
Derita diganggu gonggok berakhir Posted: 07 Oct 2012 01:59 PM PDT KLANG: Penderitaan kira-kira 500 penduduk di Taman Sentosa akibat serangan ulat gonggok yang menghantui mereka sejak berbulan lalu berakhir apabila Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengadakan operasi bersepadu membanteras haiwan itu, baru-baru ini. Pengarah Jabatan Komunikasi dan Pengaduan Awam (JKPA) MPK, Norfiza Mahfiz berkata, sejak tiga minggu lalu, Jabatan Kesihatan bertungkus-lumus membuat semburan ubat serangga di kawasan yang dilaporkan mengalami serangan ulat berkenaan bagi menangani masalah itu.
Menurutnya, kehadiran ulat gonggok menyebabkan penduduk sukar untuk melakukan kerja rumah terutama pada waktu pagi kerana kehadiran haiwan berkenaan mengganggu kehidupan seharian.
Norfiza berkata, serangan ulat gonggok menjadi semakin serius berikutan keadaan cuaca tidak menentu sehingga menyebabkan waktu operasi tadika berhampiran turut terjejas. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/08 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan