Harian Metro: Setempat |
Posted: 08 Oct 2012 03:57 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi sempat melarikan diri kira-kira 200 meter sebelum rebah dan meninggal dunia selepas diserang dan ditikam dalam kejadian di Tanah Perkuburan Kristian Jalan Kuari, Cheras, di sini, semalam. Mangsa yang berusia 40-an ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan jam 7.30 malam dalam keadaan terbaring berlumuran darah dipercayai diserang sebelum dirompak.
Beliau berkata, pemeriksaan unit forensik di tempat kejadian menemui dua pisau pemotong sayur masing-masing berhampiran mayat mangsa dan dalam teksinya.
Katanya, polis tidak menolak kemungkinan mangsa dirompak kerana semua barang berharga dan beg duitnya tidak ditemui.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/09 |
‘Saya tak buat jenayah’ Posted: 08 Oct 2012 03:54 PM PDT KUALA LUMPUR: Adinda Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan yang berunsur jenayah ketika polis menahannya pada 30 Julai 2009. Tengku Muhammad Fakhry, 34, dalam penyataan saksi berkata, beliau juga tidak diberitahu sama ada dia melakukan kesalahan berunsur jenayah dan tidak tahu mengapa ditahan polis di pekarangan Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan. "Saya ditahan sekurang-kurangnya satu jam oleh polis dan tidak dibenarkan keluar dari Istana Mahkota ketika itu," katanya pada perbicaraan kes saman RM150 juta beliau terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan tiga lagi yang didakwa menahannya secara salah pada tarikh itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/09 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan