Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 03 Nov 2012 04:56 PM PDT KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya tiga klinik pakar wanita di ibu kota dikesan menawarkan khidmat menggugurkan janin kepada pelajar sekolah yang terbabit dalam hubungan terlarang. Penemuan ini hasil penyamaran tiga wartawan Metro Ahad yang berkunjung ke klinik terbabit sejak dua minggu lalu. Seorang berlakon sebagai pelajar perempuan yang berpakaian seragam sekolah, seorang berlagak sebagai kekasih, manakala seorang lagi menyamar sebagai kawan baik. Berdasarkan siasatan, pelajar yang hamil kurang tiga bulan sangat mudah melakukan pengguguran janin. Prosedurnya ringkas, hanya perlu pergi kaunter, buat temu janji dan bayaran pendaftaran RM50, seterusnya berjumpa doktor untuk proses pengguguran. Tanpa perlu diiringi ibu bapa atau keluarga terdekat, kos keseluruhan pengguguran janin hanya antara RM1,200 hingga RM2,500 bergantung kepada saiz kandungan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/04 |
Posted: 03 Nov 2012 04:55 PM PDT KUALA LUMPUR: Kedaifan hidup menyebabkan sepasang suami isteri terpaksa membesarkan tiga zuriat mereka, termasuk seorang orang kelainan upaya (OKU) di sebuah bilik sempit di Chow Kit, di sini, yang hanya layak dijadikan stor menyimpan barang. Begitulah penderitaan Sania Taib, 41, bersama suami, Johari Md Salleh, 40, dalam mengharungi kehidupan di ibu kota, termasuk membesarkan anak istimewa berusia 12 tahun yang hanya terlantar sejak lahir.
"Gaji suami sebagai pengawal keselamatan tidak seberapa dan dengan kudratnya itu, dapatlah kami menyewa bilik sempit ini dengan bayaran RM250 sebulan.
"Memandangkan kami berasal dari pantai timur, sukar mendapat bantuan pelbagai pihak seperti Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sania berkata, anak sulung mereka, Siti Nurasyikin, 12, memerlukan penjagaan rapi akibat penyakit saraf dialami sejak lahir, menyebabkan dia terpaksa memberi tumpuan sepenuh masa terhadap kanak-kanak itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/04 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan