Harian Metro: Setempat |
Posted: 09 Nov 2012 12:45 PM PST KUALA LANGAT: Kejadian banjir di beberapa kawasan di sini turut menjejaskan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Integrasi Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang yang menyebabkan murid terpaksa diberi cuti lebih awal manakala banyak peralatan sekolah rosak. Ketua Guru Kafa berkenaan, Aniz Yushaily Abrar berkata, banjir kali ini disifatkan paling buruk kerana mencapai paras pinggang, sedangkan dalam kejadian empat tahun lalu air hanya naik setakat paras buku lali dan tidak memberikan masalah.
"Pihak sekolah juga terpaksa memberi cuti lebih awal kepada murid sejak Isnin lalu berikutan faktor keselamatan," katanya.
"Malah, hari ini (semalam) air mulai surut, pihak kami mengambil kesempatan membersihkan bilik darjah dan kawasan sekolah," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/10 |
28 lagi dikenal pasti untuk disita Posted: 09 Nov 2012 12:43 PM PST KUALA LUMPUR: Segelintir penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA) dikesan menyewakan rumah dihuni kepada warga asing untuk tujuan mengaut untung. Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sukiman Surahman berkata, tindakan penyewa itu menyalahi perjanjian di antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan penyewa yang sepatutnya mendiaminya sendiri.
Menurutnya, sebanyak 30 unit disita dalam operasi DBKL yang dijalankan selama tiga bulan sejak Ogos lalu. Proses menyita dibuat serta-merta dan dilakukan pada waktu malam.
Dalam laporan itu, seramai 450 penyewa akan dikenakan tindakan undang-undang menerusi notis 30 hari yang dihantar sebelum kediaman terbabit disita dalam tempoh 14 hari.
"Penyewa yang diambil tindakan boleh mengemukakan rayuan bergantung pada alasan yang diberikan. Sepatutnya, penyewa mengisi borang di pejabat kecil DBKL untuk memaklumkan kekosongan itu jika ia ditinggalkan lebih seminggu sehingga menjangkau tiga bulan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/10 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan