Harian Metro: Setempat |
Posted: 02 Nov 2012 12:43 PM PDT KLANG: Hampir 600 keluarga di Kampung Johan Setia, Kampung Sri Nadi, Kampung SC, Kampung Bukit Naga, Kampung Baru Dua, Kampung Baru Satu dan Taman Malindo, di sini, bagaikan tidak sempat bernafas kerana banjir kilat yang melanda Rabu lalu, berulang lagi petang semalam berikutan hujan lebat tanpa henti lebih tiga jam. Nasib malang penduduk kawasan itu berterusan kerana pada 19 Oktober lalu, rumah mereka dinaiki air sedalam hampir satu meter. Hujan lebat bermula jam 5 petang yang mengakibatkan banjir kilat itu menenggelamkan hampir keseluruhan laluan masuk dan padang Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun, di sini, sehingga pelajar dan guru terpaksa menangguhkan hasrat untuk pulang selepas tamat sekolah sesi petang.
"Dalam keadaan ini perlu saling membantu kerana kebanyakan jiran kami yang menjadi mangsa sedang bekerja," katanya.
Seorang lagi mangsa, Samsi Sarmin, 52, dari Kampung Baru Dua, berkata, banjir kilat kali ini antara terburuk kerana sebelum ini air tidak memasuki rumahnya.
"Air baru sahaja surut semalam (kelmarin), tetapi hujan terlalu lebat menyebabkan air parit melimpah. Kami terpaksa mengalihkan kenderaan ke tempat lebih tinggi bagi mengelak kejadian tidak diingini, tambahan pula hujan belum reda," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/03 |
47 keluarga terima bantuan wang tunai Posted: 02 Nov 2012 12:40 PM PDT KLANG: Sebanyak 47 keluarga mangsa banjir di Kampung Bukit Naga dan Kampung Seri Gambut di sini, pada 19 Oktober lalu, lega apabila menerima bantuan wang tunai daripada Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Raja, baru-baru ini. Semua keluarga terbabit menerima bantuan wang berdasarkan nilai kerosakan pada rumah masing-masing yang disampaikan Pengerusi BN Parlimen Kota Raja, Kamaruzzaman Johari.
"Kejadian banjir yang sering berlaku di kampung kami menyusahkan keluarga yang tidak berkemampuan. "Setiap kali hujan lebat, kampung kami dilanda banjir kilat dan keadaan ini mengundang bahaya kepada warga emas atau anak kecil. Kehidupan harian kami juga terganggu selain anak tidak dapat bersekolah," katanya.
Katanya, walaupun pelbagai cara sudah dilakukan seperti membuat longkang besar dan menambak kawasan tanaman supaya menjadi tinggi, namun kawasan itu masih ditenggelami air.
Katanya, pihaknya melalui kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) sudah mengumpul data serta maklumat semua mangsa dalam usaha memastikan keluarga terbabit banjir menerima bantuan. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/03 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan