Harian Metro: Setempat |
‘Ulat Arab’ terus rakus Posted: 04 Nov 2012 02:07 PM PST KUALA LUMPUR: Kerakusan ulat teksi Arab di Bukit Bintang, di sini, mendapatkan mangsanya berterusan biarpun pelbagai usaha dijalankan pemandu tempatan membasmi masalah berkenaan. Malah, kebanyakan mereka mengorbankan cuti hujung minggu semata-mata mahu mencekup ulat teksi kerana bimbang sekiranya ia dibiarkan, perkara itu menjejaskan periuk nasi mereka selain menjejaskan ekonomi Malaysia.
Tinjauan Harian Metro baru-baru ini di beberapa kawasan seperti Jalan Kampung, Jalan Kamunting dan Jalan Bukit Bintang mendapati ulat teksi terbabit masih wujud dan aktif menawarkan pelbagai pakej kepada pelancong. Presiden Persatuan Pemandu Teksi Bestari, Mohammed Asharaf Abdullah berkata, beliau semakin tertekan mengenangkan masalah berlarutan sejak 10 tahun yang tiada penyelesaian biarpun banyak laporan diajukan kepada agensi bertanggungjawab.
"Ketika kunjungan pelancong ke restoran, ulat teksi terbabit hadir mengedarkan kad niaga selain memburuk-buruk pemandu tempatan. Antara faktor lain ialah isu komunikasi dan bahasa," katanya.
"Kami tidak menipu kerana setiap tangkapan diserahkan kepada polis. Ketika tangkapan dibuat, kami turut menghubungi SPAD, namun mereka hanya menerima laporan dan tidak mengambil tindakan," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/05 |
Siasatan cubaan hidup semula al-Arqam selesai Posted: 04 Nov 2012 01:17 PM PST KUALA LUMPUR: Siasatan terhadap cubaan beberapa individu menghidupkan ajaran al-Arqam pada satu perhimpunan tengah malam, Jumaat lalu sudah selesai. Sumber Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata, siasatan terhadap perkara itu sudah dilakukan dan Jais dijangka mengadakan sidang media hari ini bagi memberi penjelasan lanjut.
Harian Metro sebelum ini melaporkan serbuan dilakukan di sebuah padang tempat berlangsungnya acara dikenali sebagai 'kenduri mega dan doa selamat' sambutan ulang tahun kelahiran Ashaari Muhammad yang dihadiri lebih 3,500 orang dari seluruh Malaysia. Turut ditahan ialah Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrulamin Bahron yang hadir pada program itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/05 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan