Harian Metro: Setempat |
‘Jangan kata DBKL kejam’ Posted: 07 Nov 2012 02:27 PM PST KUALA LUMPUR: "Bila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ambil tindakan, mereka kata kerajaan kejam sedangkan tindakan mereka menyewakan rumah awam DBKL kepada orang lain telah menutup peluang lebih 38,000 lagi pemohon. "DBKL sudah batalkan perjanjian dengan 50 penyewa kerana menyewakan rumah dan sedang mengenal pasti 450 penyewa lagi untuk dikenakan tindakan undang-undang," kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Raja Nong Chik berkata, ada segelintir penyewa PPR dan PPA menyewakan semula rumah berkenaan pada harga lebih tinggi, iaitu antara RM600 hingga RM700 bergantung kepada lokasi.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL, Sukiman Surahman.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/08 |
Kebakaran kilang perabot awal pagi bongkar rahsia Posted: 07 Nov 2012 02:27 PM PST SUBANG JAYA: Kebakaran besar membabitkan dua kilang perabot di Subang 4, Zon Industri USJ 1, di sini, awal pagi semalam, membongkar rahsia pemilik premis itu tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk beroperasi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Timbalan Penguasa Bomba, Mohd Khairi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.27 pagi sebelum api berjaya dikawal kira-kira dua jam kemudian.
"Kebakaran disedari seorang pekerja warga Indonesia yang menghuni di kawasan berhampiran selepas ternampak asap tebal keluar dari kilang yang terbakar.
"Kami percaya kebakaran bermula dari sebuah kilang sebelum merebak ke unit terletak bersebelahan. Kerja pemadaman dilakukan pantas bagi mengelak api merebak ke premis lain," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/08 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan