Harian Metro: Arena |
Posted: 15 Dec 2012 04:23 AM PST TOKYO: Pengurus Chelsea, Rafael Benitez rela menyerahkan tugas kepada Pep Guardiola akhir musim ini selepas membantu kelab itu memenangi trofi seperti sebelum ini. Benitez mengambil alih tugas itu secara sementara daripada Roberto Di Matteo, bulan lalu dan meskipun mahu terus bersama Chelsea tapi kelab itu dikatakan meminati Guardiola, bekas pengurus Barcelona.
Ketika ditanya perasaannya jika pemilik Blues, Roman Abramovich meminta beliau meninggalkan kelab hujung musim ini, jurulatih dari Sepanyol itu berkata: "Apabila saya putuskan untuk datang ke sini, saya tahu menandatangani kontrak enam atau tujuh bulan dan saya tidak fikir melangkaui tempoh itu." Benitez menerima sambutan dingin sejak mengambil alih tugas di Stamford Bridge tetapi pengurus berusia 52 tahun itu yakin mampu memenangi hati peminat.
Pertahanan kelahiran Brazil itu meminati Corinthians tapi berhajat menewaskan pasukan dianggap wiranya.
"Kini saya memiliki peluang menentang pasukan yang hebat dengan falsafah bola sepak Brazil di final. Mereka miliki ramai pemain hebat Brazil dan Chelsea perlu bekerja keras untuk menang." - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15 |
Takraw belum ‘mati’ Posted: 15 Dec 2012 04:21 AM PST SEWAKTU bola sepak, badminton mahupun memanah menjadi bahan perbualan peminat sukan negara sepanjang 2012, sepak takraw bagaikan 'sepi tanpa berita'. Tidak banyak liputan dibuat mengenai sukan itu, jauh sekali bercerita mengenai pencapaiannya. Lebih malang lagi tiada 'wira' yang benar-benar boleh disanjung setinggi Datuk Lee Chong Wei, Safee Sali mahupun Pandelela Rinong.
Hingga Jun lalu, Malaysia menduduki tempat kedua ranking dunia bagi regu lelaki di belakang Thailand, diekori rapat Korea Selatan dan Indonesia. Begitupun masih ramai yakin sukan ini mempunyai masa depan yang cerah dengan pembabitan generasi muda yang menunjukkan minat dalam sukan itu. Karnival Remaja Kebangsaan yang diadakan di Shah Alam sepanjang minggu ini, menjadi bukti sepak takraw masih belum 'mati'. Kejohanan disertai pasukan pelapis dari seluruh negara, dengan kejohanan membabitkan kategori Bawah 21 dan 18 Tahun.
Apa yang dimaksudkan beliau adalah menambah pelbagai kategori untuk pelbagai peringkat umur seawal bawah 12, 15, hingga ke 18 dan 21 tahun.
Malah beliau mahu agar persatuan sepak takraw kebangsaan dan negeri turut memberi tumpuan terhadap golongan lebih muda bagi memastikan lebih lebih ramai pemain berwibawa dapat disediakan apatah lagi sukan itu menyumbang pingat di Sukan Sea.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan