Harian Metro: Arena |
‘Satu penghormatan’ Posted: 17 Dec 2012 11:20 AM PST JURULATIH Harimau Muda A, Ong Kim Swee kekal fokus dengan misi disandarkan di bahunya untuk mempertahankan pingat emas Sukan Sea Myanmar tahun ini biarpun namanya dicanang sebagai calon terbaik menggantikan Datuk K Rajagobal bagi membimbing skuad kebangsaan. Kim Swee yang enggan mengulas lanjut isu terbaru itu berkata, tidak wajar untuk beliau membicarakan kedudukan rakan sejawatnya itu dan menganggap keutamaannya lebih terarah kepada persiapan skuad muda negara menghadapi Sukan Sea.
"Tumpuan saya kini ke arah persiapan skuad Bawah 23 Tahun negara (B-23) untuk menghadapi Sukan Sea Myanmar. Soal mengambil alih tugas Rajagobal sepatutnya tidak perlu timbul kerana ia langsung tidak dibincangkan sebelum ini. "Jika ada pihak mengaitkan nama saya dengan tugas itu, saya hanya anggap ia sebagai penghormatan tapi segala-galanya terserah kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia)," katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.
Shebbie yang kini bertugas sebagai Penasihat Global kelab yang beraksi dalam saingan Liga Kejuaraan, Blackburn Rovers berkata, sudah tiba masanya untuk Rajagobal mengundur diri selepas kegagalan Harimau Malaya ketika saingan Piala AFF dan kempen kelayakan Piala Dunia 2014 serta persembahan hambar dalam beberapa siri persahabatan antarabangsa sejak bergelar juara Asia Tenggara dua tahun lalu.
Antara pemain muda yang menyerlah di bawah kendaliannya, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Wan Zack Haikal Wan Nor, Gary Steven Robbart dan Mahali Jasuli.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/18 |
30 beregu rebut Piala Presiden ketiga Posted: 17 Dec 2012 08:20 AM PST SEBANYAK 30 beregu bakal berentap bagi merebut hadiah keseluruhan RM6,000 Kejohanan Badminton Piala Presiden Ketiga di Dewan Persatuan Badminton Pahang (PBP), Indera Mahkota, Kuantan dari 10 hingga 13 Januari. Kejohanan anjuran PBP dan Persatuan Badminton Daerah Kuantan itu dianjur untuk mewujudkan kegemilangan sukan badminton di Pahang, seiring dengan pembangunan sukan di negeri lain.
"Atas inisiatif Presiden PBP, Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah (gambar) yang juga Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), beliau menyumbangkan piala kejohanan bagi mencapai matlamat itu," katanya.
Tahun lalu, juara beregu diraih Kelab Vetsis dari Kuantan. Sebarang pertanyaan berhubung penyertaan dan peraturan, hubungi PBP di talian 09-5734115. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/18 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan