Harian Metro: BeritaUtama |
‘Abah...tolong abah!’ Posted: 10 Dec 2012 12:29 PM PST ARAU: "Abah...tolong abah! Selamatkan Fasha. Akak takut!" antara jeritan yang masih terngiang-ngiang di telinga Mazlizan Md Isa, 28, ketika anak perempuannya, Nur Fasha Adriana, 10, dilarikan lelaki yang memecah masuk rumahnya di sini, awal pagi Sabtu lalu. Dalam kejadian jam 1.30 pagi di rumahnya yang terletak di Ulu Pauh, Mazlizan parah dan terpaksa menerima lebih 10 jahitan di tangan dan dagu selepas ditetak suspek menggunakan pisau. Ketika itu, katanya, dia cuba menyelamatkan anaknya dengan berpaut di tingkap kereta suspek sebelum dia jatuh selepas diseret lebih 100 meter. Difahamkan, ketika kejadian, anaknya tidur nyenyak di rumah itu bersama nenek dan datuknya, manakala Mazlizan baru pulang daripada berniaga.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/11 |
Posted: 10 Dec 2012 12:29 PM PST KUANTAN: Brek tangan sudah ditarik manakala tayar hadapan disendal dengan batu-bata menyebabkan seorang pemilik treler, Mohd Yusabry Mohd Yusof, 39, bingung bagaimana treler 13 tan miliknya itu boleh bergerak merempuh rumah ibunya hingga menyebabkan bahagian depan rumah itu rosak teruk. Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, Mohd Yusabry sepatutnya menghantar peralatan solar yang sudah dimuatkan ke dalam treler itu ke Kuala Lumpur dan singgah di rumah ibunya di Felda Panching Timur, di sini, untuk menukar pakaian sebelum memulakan perjalanan. "Selepas menghidupkan enjin treler bagi memanaskannya saya masuk ke bilik untuk menukar baju. Sebelum itu, saya sudah pastikan brek tangan ditarik manakala tayar disendal dengan bata. "Tiba-tiba terdengar dentuman amat kuat dan sebaik keluar dari bilik, saya dapati kepala treler sudah berada dalam rumah. Saya hanya sempat melaungkan Allahuakbar sebelum kepala treler itu berhenti di ruang tamu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/11 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan