ALOR SETAR: "Saya bagaikan bermimpi di siang hari. Kejadian itu berlaku dengan pantas kerana saya tertidur tanpa menyedari apa yang berlaku sebelum terjaga sebaik berasa ada orang menghempap badan," kata Hasliza Shafie, 40-an.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi semalam, van dinaiki sembilan penumpang termasuk pemandu merempuh belakang sebuah bas ekspres yang menunggu giliran membayar tol di Kilometer 30, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Plaza Tol Jitra, di sini.
Van berkenaan membawa tujuh kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok dari Alor Setar ke pusat pengajian tinggi itu.
Mangsa yang parah ialah pemandu van itu, Mohd Esman Osman, 54; Haslina Mohamed Shah, 39; Wan Merina Wan Saad, 51; Zurina Yahya, 43; Norhaneza Nordin, 42; Nelwati Abidin, 39, dan Alina Mohd Mahdzir, 46.
Manakala, mangsa yang cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar ialah Hasliza dan Noor Azura Othman, 41.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/14
0 ulasan:
Catat Ulasan