Harian Metro: BeritaUtama |
Bas kilang bawa 17 pekerja terbabas Posted: 20 Dec 2012 08:24 PM PST NIBONG TEBAL: Dua maut, sementara dua parah selepas bas yang membawa 17 pekerja kilang terbabas dalam satu kejadian di kilometer 150.6 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara berhampiran susur keluar Bukit Tambun, di sini, awal pagi tadi. Kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu turut membabitkan sebuah kereta Proton Satria, dipercayai dipandu seorang anggota polis.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika bas yang dalam perjalanan dari Batu Kurau, Perak itu cuba memasuki lorong kiri lebuh raya sebelum hilang kawalan lalu merempuh kereta yang bergerak seiring di lorong kiri. Akibatnya, kedua-dua kenderaan terbabas dengan bas terbalik ke kawasan semak di kiri lebuh raya.
Semua mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/21 |
Posted: 20 Dec 2012 01:18 PM PST SHAH ALAM: Tidak mahu terus bergelumang dengan dosa, seorang ibu tunggal tiga anak yang menjadi wanita simpanan seorang pegawai kerajaan selama hampir 11 tahun, rela berdepan hukuman apabila menyerah diri di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), di sini, kelmarin. Wanita berusia 40-an itu mengaku sudah empat kali menggugurkan kandungan hasil hubungan haram itu, namun kini insaf selepas menyedari kekasih gelapnya itu hanya menjadikannya alat pemuas nafsu. Malah, dia yang mahu dikenali sebagai Ros berkata, lelaki itu sering memukulnya hingga hidungnya patah akibat dipijak dan wangnya juga dikikis sehingga puluhan ribu ringgit termasuk untuk membeli kereta. Menurut Ros, penyesalannya semakin mendalam selepas anak lelaki yang berusia 10 tahun mengetahui perhubungan terlarangnya itu dan menasihatkannya meninggalkan lelaki terbabit.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/21 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan