Harian Metro: Rap |
Posted: 07 Dec 2012 06:25 PM PST BAKAT besarnya sudah terbukti apabila dia memegang gelaran Juara Bintang Idola Berita Harian pada 2010 dan Mangga Teen Search 2009. Selain pernah beraksi di pentas berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2010), pendatang baru berbakat besar, Baby Shima juga artis residen untuk siri Jelajah ABPBH 2012. Terbaru, penyanyi kelahiran Permas Jaya, Johor Bahru yang juga pemilik nama sebenar, Nor Ashima Ramli, 21, tersenarai pada pencalonan awal, Artis Baru Wanita Popular, ABPBH 2012 bersama barisan 21 artis baru lain. Bukan sekadar mempertaruhkan vokal yang mantap, Baby Shima yang digilap bakatnya sejak di bangku sekolah sering memenangi pelbagai pertandingan nyanyian di serata Johor juga memiliki pakej lengkap untuk bergelar penyanyi. Namun, Baby Shima mengakui gelaran yang pernah dimenangi itu bukan tiket untuknya berada dalam zon selesa.
"Apa yang penting, saya menjaga nama baik keluarga yang beri kepercayaan pada saya untuk mencuba nasib dalam bidang seni," katanya. Bakat besar Baby Shima turut membuka mata syarikat rakaman terkenal, KRU Music untuk melamarnya bernaung di bawah payung mereka. Bagaimanapun, karier seninya diuruskan syarikat milik penyanyi terkenal Adam AF, AiCO Empire Group. Apapun, Baby Shima berkata, dia tidak berasa dirinya sudah popular. "Saya tidak berasa diri sudah popular pun kerana ramai orang masih tak kenal saya. Tapi saya tak kisah semua itu kerana usia masih muda dan perjalanan pun masih jauh lagi. Soal populariti jatuh nombor dua kerana yang penting saya perlu membuktikan kemampuan diri dulu," katanya. Ditanya sama ada dia bercadang untuk menukar namanya, Baby Shima berkata, setakat ini, belum ada ura-ura ke arah itu. Menyentuh mengenai single, Baby Shima akui dia akur kerana terpaksa menunggu dua tahun untuk menanti bingkisan lagu terbarunya berjudul Tak Sabar yang juga sentuhan komposer terkenal Edry Abdul Halim. "KRU memiliki ramai artis yang bernaung di bawahnya dan sebagai artis baru saya perlu sabar menanti giliran. Pada masa sama, saya tidak mahu lagu yang tangkap muat kerana sebagai artis, saya perlu muncul dengan lagu yang berkualiti dan menepati cita rasa peminat di luar sana," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/08 |
Baby Shima pernah menangis kerana Edry Posted: 07 Dec 2012 12:52 PM PST SEBAGAI pendatang baru yang masih bertatih dalam bidang hiburan, Baby Shima mengakui tidak dapat menyembunyikan perasaan gementarnya sepanjang bekerja dengan Edry ketika menjayakan proses rakaman single Tak Sabar yang berlangsung di studio, sebelum ini.
"Saya pula melihat, sebagai komposer, marah Edry bersebab kerana dia inginkan hasil yang terbaik," katanya.
Tidak cukup dengan itu, Baby Shima juga menimba satu lagi pengalaman baru sebagai artis iaitu belajar menari dengan artis yang bernaung di bawah kumpulan VIP yang juga artis AiCO untuk melengkapkan lagi persembahannya ketika di pentas. "Jika sebelum ini, saya tidak berapa pandai menari, kini, tidak lagi. Malah, saya sudah berasa yakin untuk menyanyi sambil menari bila di pentas. Semuanya hasil bimbingan mereka," katanya. Dalam perkembangan lain, kata Baby Shima, single Tak Sabar mula diputarkan di stesen radio tempatan sejak awal November lalu. "Konsep single ini selari dengan penampilan kulit album serta persembahan saya. Perancangan awal sudah dilakukan untuk penggambaran klip video lagu ini pada Ogos lalu. "Dengan mengekalkan konsep lagu dan kulit album, klip video Tak Sabar bakal menjanjikan sesuatu yang istimewa di mana saya bakal menari dalam klip video berkenaan. Nantikan tayangan eksklusif klip video ini di stesen TV tempatan tidak lama lagi," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/08 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan