Harian Metro: Setempat |
100 jersi tiruan Harimau Malaya dirampas Posted: 09 Dec 2012 12:38 PM PST CHERAS: Lebih 100 jersi Harimau Malaya tiruan dirampas pihak Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sekitar kawasan Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, semalam. Dalam operasi bermula jam 4.30 petang itu, jersi bernilai hampir RM10,000 dirampas dari enam premis yang menjalankan perniagaan sempena perlawanan separuh akhir pertama di antara pasukan Malaysia dan Thailand.
Sementara itu, Pengarah KPDNKK WPKL, Abu Samah Tajuddin ketika dihubungi berkata, pemeriksaan ke atas premis berkenaan susulan daripada operasi minggu lalu selain mendapat aduan daripada pemilik jenama jersi Harimau Malaya sendiri.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10 |
45 cari ‘klien’ kena tangkap Posted: 09 Dec 2012 12:36 PM PST KUALA LUMPUR: Seramai 45 wanita warga asing dipercayai pelacur ditahan polis ketika mencari pelanggan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan P Ramlee, di sini, kelmarin. Serbuan dijalankan Bahagian Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi itu turut mencekup seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang asyik melayan pelanggan berhibur dalam pusat hiburan terbabit.
"Wanita yang ditahan terdiri daripada warga Vietnam dan Indonesia berusia 18 hingga 30-an yang rata-rata menyalahgunakan pas lawatan sosial.
Katanya, semua yang ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tujuan dokumentasi dan soal siasat. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan