Harian Metro: Setempat |
Posted: 10 Dec 2012 12:11 PM PST KUALA LUMPUR: Seorang warga emas kecewa selepas mendapati ubat tradisional yang dibeli daripada seorang jurujual dengan harga RM40,000 untuk merawat kanser hati dihidap isterinya yang didakwa mampu mengubati penyakit itu ternyata ubat palsu selepas kematian wanita kesayangannya itu di rumah mereka di Sentul, September lalu. Lelaki itu, Bay Fatt Soon, 73, mendakwa didatangi seorang pengamal perubatan tradisional Cina di rumahnya yang mendakwa mampu menyembuhkan penyakit mendiang isterinya pada 22 Ogos lalu.
"Tabib terbabit mendakwa mempunyai kedai ubat di Johor dan berjaya merawat ribuan pesakit menggunakan ubat berkenaan.
Dia yang berasa tertipu cuba menghubungi tabib terbabit, namun usaha mengesan lelaki itu gagal apabila diberitahu kedainya di Johor ditutup selepas diburu ramai pesakit yang membeli ubat berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/11 |
Penganjur konsert dakwa ditipu Adun RM13,500 Posted: 10 Dec 2012 11:59 AM PST KAJANG: Seorang warga emas kerugian RM13,500 apabila dipercayai diperdayakan seorang ahli politik ketika menganjurkan satu konsert Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persatuan di Tian Hou Temple, di sini, pada Februari lalu. Mangsa, Tan Kim Swee, 70, dari Pandan Perdana, Cheras di sini, kesal dengan sikap ahli politik berkenaan yang cuba lepas tangan berhubung bayaran tiket bagi persembahan itu.
"Ini kali pertama saya ditipu sepanjang 20 tahun menguruskan acara.
"Saya pergi ke pejabat Adun itu sebanyak tiga kali untuk meminta kembali wang konsert, tetapi tidak dilayan dan dia memberi alasan tidak mahu membayarnya serta menganggap ia percuma.
Tan membuat laporan polis pada September lalu di Balai Polis Pandan bagi menuntut keadilan. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/11 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan