Harian Metro: Setempat |
Posted: 13 Dec 2012 11:18 AM PST KUANTAN: "Hanya dua minit memisahkan saya dengan maut kerana jika saya lambat sedikit meninggalkan dapur, sudah pasti nyawa saya melayang dirempuh kereta itu," kata Roziah Abdul Rahman, 33, pemilik gerai makan yang dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Bukit Setongkol, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 10 malam itu, bahagian depan gerai makannya roboh, manakala dapurnya pula musnah sama sekali apabila MPV jenis Toyota Estima dinaiki pasangan suami isteri berkenaan merempuh gerainya yang dibuka sejak jam 3 petang.
"Selepas masak, saya pergi ke arah anak bongsu saya (Nor Ain Aisyah, 16 bulan) yang berada di sofa di tepi dapur dan mengangkatnya ke dalam buaian bagi menidurkannya.
Roziah berkata, dia bersyukur keluarga tidak mengalami sebarang kecederaan, namun terkilan melihat gerai yang diusahakan sejak 13 tahun lalu musnah.
"Saya tidak pasti bila gerai kami ini akan dapat beroperasi semula memandangkan banyak barang terutamanya dapur, kerusi dan meja mengalami kerosakan," katanya ketika ditemui Harian Metro di tempat kejadian.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/14 |
Haid tak menentu bongkar rahsia Posted: 13 Dec 2012 11:15 AM PST [unable to retrieve full-text content]SEGAMAT: Gara-gara bimbang kisah lampaunya bersama bekas teman lelaki dijaja rakan sekolah, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun terpaksa membiarkan dirinya diperkosa dua kali oleh rakan lelaki berkenaan dalam tempoh sejam, 19 November lalu. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan