Harian Metro: Hati |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Hati |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Setempat |
Posted: 19 Nov 2012 08:59 AM PST SUBANG JAYA: Seorang peniaga kedai runcit terduduk longlai apabila kedai yang diwarisi daripada mendiang datuknya, musnah dalam kebakaran bersama empat lot premis lain di Batu 12, Puchong, di sini, kelmarin. Pemilik tiga daripada lima lot premis itu, Lim Lee Kwan, 49 berkata, dia mengetahui kebakaran terbabit apabila dimaklumkan rakannya yang melalui kawasan berkenaan jam 9.30 malam.
"Saya anggarkan kerugian RM100,000 termasuk sebuah lori yang musnah," katanya.
"Saya rugi RM30,000 dan kini hilang punca pendapatan akibat kejadian inu," katanya.
Katanya, tiga jentera dengan kekuatan 18 anggota dari balai Puchong, Subang Jaya dan Seksyen 7 Petaling Jaya mengambil masa lima minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke premis berhampiran. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/20 |
‘Terlupa’ tanda harga Posted: 19 Nov 2012 08:59 AM PST KUALA LUMPUR: Terlupa. Antara alasan 62 peniaga yang dikenakan kompaun kerana gagal mempamerkan tanda harga khas merah jambu sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2012 yang dilaksanakan bermula 8 hingga 17 November lalu. Pengarah Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd Roslan Mahayuddin berkata, mereka tidak mematuhi peraturan iaitu menjual melebihi harga maksimum, gagal menggunakan tanda harga khas merah jambu dan tidak meletakkan tanda harga.
Menurutnya, sepanjang 10 hari skim itu dilaksanakan, 53,646 pemeriksaan dilakukan membabitkan pemborong dan peruncit di seluruh Malaysia.
"Selain itu, 15 kes membabitkan tidak mempamerkan harga pada barangan kawalan manakala satu kes ialah menaikkan harga barang kawalan melebihi harga siling ditetapkan kerajaan," katanya Mohd Roslan berkata, Selangor dan Lembah Klang mencatatkan kes tertinggi peniaga yang ingkar iaitu masing-masing dengan 20 dan 24 kes.
Menurutnya, peniaga yang melakukan kesalahan dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau kompaun tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/20 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Global |
Posted: 19 Nov 2012 07:33 AM PST MEDELLIN: Sudah menjadi perkara biasa bagi kita mendengar ada orang sanggup merana kerana seni. Bagaimanapun, bagi sesetengah pihak, mereka bertindak lebih jauh. Peminat seni tubuh ekstrem dari seluruh dunia baru-baru ini berkumpul untuk mempamerkan seni tatu dan tusukan tubuh melampau di Konvensyen Tahunan Tatu Antarabangsa Ketiga. Mereka yang menghadiri konvensyen di Medellin, Columbia itu sudah pasti bukan yang lemah semangat.
Ada yang sudah menghabiskan ribuan ringgit untuk melukis tatu pada tubuh mereka sementara yang lain, bertindak lebih jauh dengan apa yang dipanggil pengubahsuaian tubuh. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/19 |
Kanak-kanak perempuan dibaham harimau bintang Posted: 19 Nov 2012 07:30 AM PST MUMBAI: Seorang kanak-kanak dibaham dan dimakan oleh seekor harimau bintang ketika dia buang air kecil di sebalik semak. Ibu kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu menjerit ketika melihat haiwan berkenaan menyerang anaknya tetapi tindakannya gagal menghentikan harimau bintang berkenaan mengheret kanak-kanak itu ke dalam hutan.
Polis menemui lengan dan kepala mangsa kira-kira 300 di dalam hutan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/19 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Rap |
Teruja bertugas dengan Fafau Hot FM Posted: 19 Nov 2012 05:59 AM PST BIARPUN gagal mempertahankan trofi Artis Komedi Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) lalu, pelakon handalan, Noorkhiriah Ahmad Shapie tidak pernah dihambat kecewa. Apatah lagi, tiga kali merangkul anugerah itu pada ABPBH sudah cukup untuk membuatkan dia bersyukur dengan bakat seni kurniaan Tuhan. Begitupun, ibu cantik kepada dua cahaya mata ini seperti memencilkan diri di mata pihak media tempatan. Noorkhiriah, 35, seakan-akan selesa 'low-profile' dan kelibatnya hanya dapat ditonton dalam drama TV semata-mata. Justeru, apa yang menyebabkan dia bertindak sebegitu?
Ujarnya, kesibukan di lokasi penggambaran menghalang dia mengatur tarikh sesuai untuk menjayakan sesi fotografi. "Kesibukan kerja saya menjadi alasan utama. Mana mungkin saya tidak perlukan media kerana selagi terbabit dalam dunia seni, sokongan wartawan itu sangat penting dan sangat diperlukan. Begitupun, saya selalu tidak dapat memenuhi undangan fotografi yang diatur kerana masa kurang sesuai. "Ada masanya tarikh yang dipilih itu ketika saya terbabit penggambaran di luar Lembah Klang. Jadi memang tak boleh buatlah kecuali di lokasi. Lagipun saya rasakan tiada cerita menarik untuk dipaparkan media selain soal kerja semata-mata. Jadi tanpa kisah sensasi dan kontroversi, apakah orang akan membacanya? "Jadi memikirkan kemungkinan cerita saya membosankan nanti, adalah lebih baik jika ruang kosong itu diberikan kepada artis lain yang ada cerita lebih hebat untuk dikongsi. Biarlah saya menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja kerana tawaran berlakon diterima pun tak putus-putus. "Pun begitu, sebagai anak seni yang terbiasa beraksi di depan kamera, perasaan rindu untuk menjayakan fotografi memang ada," katanya yang menggayakan pakaian rekaan Wanpa dan solekan oleh Linda Bridal. Ramah berbicara, Noorkhiriah memaklumkan imej bertudung tidak sedikit pun menggugat rezekinya. Bahkan, disebabkan kesibukan berlakon juga dia terpaksa rela berjauhan dengan dua permata hatinya, Muhammad Hudhaifah, 3, dan Muhammad Yusoff, 1, yang dihantar balik ke kampung. Turut berkongsi perasaannya yang mendapat peluang bertugas di konti Hot FM pada 12 dan 13 Oktober lalu, Noorkhiriah berkata, ia pengalaman baru dan istimewa baginya. Ujar pelakon kelahiran Raub, Pahang itu, ternyata tanggungjawab sebagai penyampai radio yang bertugas pada waktu pagi bukanlah mudah. "Dua hari saya menyahut cabaran menjadi penyampai radio bersama Fafau (Fara Fauzana) dan Nana Mahzan memang menyeronokkan. Ketika itu, saya diundang bertugas kerana FBI dan AG bercuti. "Pada saya, ia cukup menghiburkan kerana berpeluang berinteraksi dengan pendengar. Pelbagai gelagat pendengar yang mencuit hati kerana mereka ramah, bersahaja dan amat kelakar. "Bagaimanapun, saya akui agak kekok pada hari pertama. Mujur ada Fafau dan Nana yang membantu dan syukur saya mampu melakukannya dengan baik. Bahkan, walau pun seawal jam 5 pagi saya sudah berada di Sri Pentas, Bandar Utama, pengalaman bertugas di konti radio Hot FM itu amat berbaloi dan saya benar-benar suka. "Justeru, andai kata ada peluang buat saya menyertai radio suatu hari nanti secara sepenuh masa, mungkin saya takkan tolak dan akan pertimbangkan. Ini kerana saya begitu gembira melakukan tugasan itu. Malah pengalaman singkat di radio bersama Fafau dan Nana cukup indah dan ia pasti menjadi kenangan tak dapat dilupakan sampai bila-bila," katanya. Menyentuh pula soal maklum balas pendengar dan peminat, Noorkhiriah berkata, sekali lagi dia bersyukur kerana memperoleh sokongan positif. Walaupun dirasakan persembahannya agak huru-hara tetapi asalkan orang ramai terhibur, ia satu penghargaan. Apatah lagi, sebagai pengalaman pertama dan terlalu baru. Apapun, Noorkhiriah amat berterima kasih kepada Fafau kerana sudi memberinya peluang untuk menonjolkan bakat sebagai penyampai radio. Jelas Noorkhiriah lagi, Fafau mengundangnya untuk bekerjasama selama seminggu tetapi dia tidak dapat memenuhinya kerana terikat dengan jadual penggambaran drama. Antara drama popular yang pernah dibintangi Noorkhiriah adalah Nur Khalifah sebanyak 16 episod dan sitkom Seri Pantun Mai Chek Mai musim kedua bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM). Noorkhiriah juga memaklumkan dia ada mendapat tawaran berlakon dalam telefilem yang akan menjalani penggambaran di luar negara. Kini turut membabitkan diri dalam bidang perniagaan sebagai jaminan masa depan, Noorkhiriah berkata, dia kini terbabit berniaga kecil-kecilan menyediakan perkhidmatan van untuk produksi. Ujarnya, tak sangka sambutan diterima sangat bagus hingga dia bercadang mahu menambah beberapa buah van lagi. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/19 |
Posted: 19 Nov 2012 05:32 AM PST TIADA babak melampau atau aksi lasak pun masih membuatkan Istanbul Aku Datang memikat ramai peminat sehingga mampu meraih kutipan tiket kira-kira RM2.5 juta sehingga kini. Istanbul Aku Datang arahan Bernard Chauly adalah karya terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd dan Red Films Communications.
Pengurus Besar Bisnes Studio & Hal Ehwal Korporat Primeworks Studios, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, filem itu terus menerima komen positif daripada penonton dan karyawan seni. "Saya turut menerima maklum balas yang baik daripada kawan-kawan produser dan pengarah antaranya Aziz M Osman, Osman Ali, Panshah serta Nancie Foo. Mereka cakap filem ini ringkas tapi sangat menghiburkan," katanya.
"Selepas filem Soal Hati arahan Othman Hafsham, rasanya belum ada filem seumpama itu lagi. Saya sendiri berpendapat filem ini sangat bagus dan berkualiti dengan corak persembahan yang sangat menarik. "Dalam saingan sengit, filem ini tetap memberi fenomena kepada kami kerana jarang filem romantik komedi mendapat kutipan tinggi," katanya. Istanbul Aku Datang antara lain mengisahkan perjalanan seorang gadis, Dian dalam mencari cinta. Demi mahu mendampingi kekasihnya, Farouk, Dian sanggup terbang ke Istanbul, sekali gus ingin membuat kejutan. Dalam diam, niat sebenar Dian yang juga seorang penulis blog mahu Farouk menyunting dirinya menjadi calon isteri. Namun semuanya tidak seperti yang Dian harapkan. Dian kemudian secara tidak sengaja menyewa sebuah rumah yang diduduki seorang pelukis dari Malaysia, Harris. Mereka kemudian bergaduh besar sebelum menjadi rapat selepas Dian mendapat tahu Farouk bermain kayu tiga dengan seorang perempuan Turki. Farouk juga mula cemburu melihat Dian dan Harris menjadi rapat. Seterusnya hidup mereka bertiga menjadi semakin kelam-kabut dan berbelit-belit. Dian sebenarnya keliru, namun dia tetap percaya bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya untuk dia memilih lelaki yang terbaik menjadi calon suami. Nyata pemilihan Lisa Surihani, Beto Kusyairy dan Tomok berjaya menghidupkan filem ini yang menonjol dengan konsep lakonan 'urban' seperti filem Pisau Cukur. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/19 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: BeritaUtama |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Arena |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Copyright 2010 All Rights Reserved