Harian Metro: Hati |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Hati |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Setempat |
Posted: 27 Nov 2012 12:48 PM PST GOMBAK: Hujan lebat tanpa henti petang semalam, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir termasuk kampung di sekitar daerah ini ditenggelami air lebih dua meter. Antara kampung yang terbabit ialah Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana dan Kampung Ulu Yam Bharu menyebabkan tiga jentera bomba dan bot selain Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dikejarkan ke lokasi berkenaan. Sehingga jam 10 malam tadi, lebih enam keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara berikutan air naik.
Katanya, sehingga jam 10 malam tadi, operasi mengeluarkan mangsa banjir dari rumah mereka masih dijalankan dan JKM turut membuka pusat pemindahan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/28 |
DBKL kenal pasti tapak baru Uptown Posted: 27 Nov 2012 08:28 AM PST KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah mengenal pasti satu tapak baru yang lebih sesuai untuk menempatkan lebih 300 peniaga Uptown Danau Kota, Taman Setapak Indah, di sini. Timbalan Pengarah (Pembangunan Sosio Ekonomi) DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata, pihaknya kini dalam peringkat kajian tapak terbabit yang terletak berhampiran Puspakom Jalan Genting Kelang.
Tapak baru itu terletak 1.4 kilometer dari tapak asal Uptown Danau Kota Setapak yang beroperasi hampir tujuh tahun lalu.
Sebelum ini, Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Uptown Danau Kota, Ahmad Fauzi Abdul Karim mendesak DBKL membenarkan mereka berniaga tujuh hari seminggu sempena cuti sekolah pada November dan Disember ini.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/28 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Arena |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Global |
Bos mafia sembunyi di dapur ibu Posted: 27 Nov 2012 01:22 PM PST ROME: Seorang ketua mafia dianggap satu daripada pemimpin kumpulan penjenayah paling muda di Itali, ditahan polis semalam. Digelar "Baby Boss" oleh media Itali, Mariano Abete, 21, diberkas ketika bersembunyi di sebuah bilik rahsia di rumah ibunya.
Dia diburu polis kerana terbabit dalam kegiatan jenayah serta bersubahat dengan aktiviti penjualan dadah. Walaupun masih muda, polis berpendapat, Abete sangat berkuasa dan berbahaya.
Jurucakap polis itu berkata, ibu Abete baru berusia 39 tahun. Rakaman video ruang rahsia itu - terletak di antara dua dinding yang boleh digerakkan - tersebar di laman sesawang semalam. Ia hanya dilengkapi sebuah tilam, bantal, salib dan satu tong oksigen. Abete dianggap mempunyai kedudukan tinggi di kalangan mafia kerana sebelum ini mengetuai kumpulan serpihan menolak keluarganya. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/27 |
Apartmen jadi tempat penduduk China ‘tayang’ pakaian Posted: 27 Nov 2012 07:35 AM PST BEIJING: Cuma segelintir penduduk China memiliki mesin pengering. Juteru, sebahagian besar mereka terpaksa mengeringkan pakaian secara semula jadi, seperti penghuni Universiti Perubatan Tradisional Cina Hubei.
Selain di balkoni, mereka turut menyidai pakaian di pokok, tiang telefon atau kabel elektrik. Ada kalanya, pakaian disidai di tiang besi yang dijulurkan keluar selari menerusi tingkap apartmen.
Apartmen di China biasanya dibina agak kecil dan tenaga elektrik pula mahal, manakala harga mesin pengering tidak mampu dimiliki. Pada 2010, Shanghai menganggap perbuatan mengeringkan pakaian di kawasan terbuka sebagai kuno dan amalan itu diharamkan. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/27 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: BeritaUtama |
‘Gadai ibu’ pada along Posted: 27 Nov 2012 01:14 PM PST KUALA LUMPUR: Seorang ibu ditawan selama empat jam dan semua barang kemasnya dirampas selepas dia 'digadai' anak lelakinya yang terdesak untuk melepaskan diri daripada cengkaman ceti haram atau along. Ibu berusia 63 tahun itu yang dikenali sebagai Zabedah berkata, dia mengalami pengalaman menakutkan sepanjang ditahan sekumpulan tiga lelaki yang datang ke rumahnya di Jinjang, di sini, jam 3 petang, Sabtu lalu. Menurutnya, sebelum kedatangan kumpulan lelaki itu, dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tidak dikenali yang memaklumkan anak lelakinya berusia 20-an berada dalam tahanan mereka. "Apabila saya tanya kenapa anak saya ditahan, lelaki itu beritahu anak saya meminjam wang dengan mereka dan masih ada baki hutang RM10,000 yang belum dibayar.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/28 |
Terduduk lihat kepala terpisah Posted: 27 Nov 2012 01:14 PM PST SLIM RIVER: "Saya terduduk seketika selepas melihat kepala seorang daripada mangsa terputus dan otaknya melekat pada pintu kenderaan," kata Ku Mohd Hayazi Ku Mohd Isa, 32, saksi kemalangan yang meragut lima nyawa di Kilometer 372.1, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Slim River arah selatan, di sini, semalam. Kemalangan pada jam 7 pagi itu membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Hyundai Starex dinaiki 11 ahli pancaragam kebudayaan Cina yang terbabas dan merempuh bahagian belakang sebuah lori bermuatan beras yang berhenti di lorong kecemasan. Semua yang terbunuh penumpang MPV manakala enam lagi termasuk pemandu kenderaan itu cedera dan Ku Mohd Hayazi adalah kelindan lori terbabit yang berhenti di tepi lebuh raya kerana mengalami kerosakan tayar belakang. Mangsa yang terbunuh ialah Daphne Eng Yuik Yee, 14, dari Bagan Selatan, Tanjung Piandang, Perak; Pang Lee Si, 35, dari Taman Serdang, Kedah; Juvien Chin Yu Xuan, 12, dan Poh Hock Huat, 60, kedua-duanya dari Nibong Tebal, Pulau Pinang serta Ong Choon Jee, 33, dari Perai, Pulau Pinang.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/28 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Rap |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Copyright 2010 All Rights Reserved