Harian Metro: Arena |
Posted: 31 Dec 2012 07:46 AM PST "PENGIKTIRAFAN ini adalah untuk seluruh rakyat Sabah," kata penyerang Harimau Muda A kelahiran Sabah, Rozaimi Abd Rahman yang disenaraikan antara 10 pemain terbaik Asia 2012 oleh saluran sukan antarabangsa, ESPN. Anak muda berusia 20 tahun dari Bongawan itu mengaku terkejut apabila namanya terpilih bersama bintang Manchester United dari Jepun, Shinji Kagawa yang turut tersenarai sebagai pemain terbaik Asia.
"Mungkin kerana aksi itulah saya dipilih ESPN, bagi saya ramai lagi yang layak seperti Safiq Rahim, Safee Sali dan Wan Zack Haikal. Namun mungkin nasib lebih menyebelahi saya," katanya di Kota Kinabalu, semalam.
"Memang inilah yang saya mahu lakukan, seperti Matlan Marjan yang menjadi idola saya. Dulu dia turut mengharumkan nama Sabah dan Malaysia dengan menjaringkan dua gol ketika menentang England.
Selain Rozaimi dan Kagawa, senarai 10 pemain terbaik Asia oleh ESPN turut merangkumi Omar Abdulrahman (UAE), Koo Ja Cheol dan Lee Keun Ho (Korea Selatan), Bambang Pamungkas (Indonesia), Yuto Nagatomo (Jepun), Teerasil Dangda (Thailand), Amjad Radhi (Iraq) dan Ali Al Habsi (Oman).
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/31 |
‘Pengalaman menakjubkan’ Posted: 31 Dec 2012 07:34 AM PST BRISBANE (Australia): Maria Sharapova menganggap tahun lalu paling bermakna dalam kariernya selepas menjuarai Terbuka Perancis selain membawa bendera Russia pada upacara pembukaan temasya Sukan Olimpik London. "Banyak perkara yang berlaku," katanya. "Ia catatan Grand Slam yang mengambil masa agak lama buat saya berbanding pemain lain.
"Pengalaman Olimpik tidak akan saya lupakan kerana ia kali pertama menjadi Olimpian. Saya adalah atlet wanita pertama Russia membawa bendera negara dan ia amat mengharukan. Ia satu pengalaman menakjubkan." Maria yang bertanding pada kejohanan Antarabangsa Brisbane minggu ini berkata, saingan tenis wanita masa kini lebih sengit dan hebat berbanding sebelum ini.
"Tahap tidak konsisten itu menyebabkan ranking mereka tidak bagus dan saya berdepan mereka dalam beberapa pusingan awal.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/31 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan