Harian Metro: Arena |
Posted: 13 Jan 2013 01:57 PM PST Kuala Terengganu: "Boleh hina saya tapi bukan ibu saya," kata ketua jurulatih T-Team, Peter Butler yang berang dengan tindakan pengendali Kelantan, Bojan Hodak yang didakwa menghamburkan kata kesat menghina mendiang ibunya ketika kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin. Jurulatih Inggeris berusia 46 tahun yang juga pengurus pasukan Titans berkata, walaupun Hodak mengeluarkan kata-kata kesat itu dalam bahasa Croatia, beliau tahu maksudnya kerana dua penolong jurulatihnya berbangsa Croatia.
"Beliau boleh berkata apa saja kepada saya dan saya boleh menerimanya namun tidak ada sesiapapun yang boleh menghina ibu sendiri ataupun ibu orang lain," katanya.
PEMAIN T-Team, Muinuddin Mokhtar (kanan) diasak pemain Kelantan, Rizal Fahmi Rosid pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Kuala Terengganu, kelmarin. "Apa yang dilakukannya lebih buruk daripada sikap perkauman yang ditegah sama sekali Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan saya tidak mahu beliau terlepas begitu saja," katanya.
"Luluh hati saya mendengar celaan terhadap ibu saya dan saya sanggup melakukan apa saja untuk menjaga nama baik mendiang.
|
Posted: 13 Jan 2013 01:40 PM PST Melbourne: Novak Djokovic memburu gelaran ketiga berturut-turut pada Terbuka Australia bermula hari ini, dengan Andy Murray dan bintang veteran, Roger Federer tampil sebagai pencabar utamanya. Pemain Argentina, Juan Martin Del Potro adalah satu-satunya pemain selain Djokovic, Rafael Nadal, Federer dan Murray memenangi gelaran Grand Slam sejak 2005, namun pemain Serbia itu berkata ramai lagi pemain yang mampu menggugat dominasi mereka.
"Tapi saya tidak akan memandang remeh cabaran Del Potro, (Jo-Wilfried) Tsonga, (David) Ferrer, (Tomas) Berdych dan mana-mana pemain dalam kelompok 10 terbaik.
Nadal tidak beraksi kerana kecederaan sekali gus meranapkan impian ulangan perlawanan akhir epik tahun lalu, apabila Djokovic akhirnya menundukkan pemain Sepanyol itu pada jam 1.40 pagi selepas catatan rekod 5 jam 53 minit.
Turut memberikan cabaran sengit adalah Federer, pemegang 17 gelaran Grand Slam yang masih berhasrat menambah koleksi kemenangan walaupun kini berusia 31 tahun. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/14 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan