Harian Metro: Arena |
Posted: 14 Jan 2013 11:26 AM PST Kuala Lumpur: Finalis tahun lalu, Kenichi Tago membawa dua misi besar di Terbuka Malaysia kali ini iaitu membalas dendam ke atas pemain nombor tiga negara, Chong Wei Feng (gambar) dan memberi cabaran getir kepada pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei andai berjaya ke final sekali lagi. Pilihan kedua kejohanan itu yang mula mengalami kemerosotan prestasi sejak kekalahan kepada Wei Feng pada pusingan pertama Terbuka Jepun tahun lalu, membawa azam membara sejak tiba di Kuala Lumpur dua hari lalu.
Itu adalah kekalahan sulung Kenichi kepada Wei Feng dan dia masih memegang kelebihan rekod pertemuan 3-1 ke atas pemain negara itu.
KENICHI idam atasi Chong Wei andai berjaya ke final. Kenichi yang menaruh impian melangkah ke final sekali lagi berjanji tidak mempamerkan aksi buruk seperti final menentang Chong Wei tahun lalu.
Kenichi menentang Wei Feng di pusingan pertama esok dan rakan senegaranya, Sho Sasaki, Wang Zhengming (China) serta Sony Dwi Kuncoro (Indonesia) berada dalam laluannya ke final.
|
Posted: 14 Jan 2013 11:13 AM PST Kuala Lumpur: Penguasaan pasukan Bertam Ulu (BU) nyata sukar digugat apabila muncul sebagai juara Pertandingan Futsal PEMADAM merebut Piala Pusingan Penaung PEMADAM Kebangsaan selepas menewaskan pasukan MBC. BU memperagakan aksi mengagumkan untuk menang dengan jaringan 2-0 sekali gus membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta Piala Pusingan dan Iringan.
Kecemerlangan BU yang mendapat tajaan penuh Equal System Sdn Bhd serta tajaan barangan Figos Sdn Bhd itu turut mendapat pengiktirafan apabila pemain, Jamaluddin Alias dinobatkan pemain terbaik kejohanan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan