Harian Metro: Arena |
Posted: 18 Jan 2013 04:39 PM PST Kuala Lumpur: Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menempelak pemain nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei yang menggesa badan induk badminton dunia itu, mengkaji semula kalendar kejohanan antarabangsa lantaran ramai pemain mengalami demam dan mudah mendapat kecederaan hingga menyebabkan pemain menarik diri daripada kejohanan seperti yang berlaku di Terbuka Malaysia yang rancak berlangsung pada masa ini. BWF dalam kenyataan balas terhadap gesaan Chong Wei itu berkata, peraturan yang dibuat mesti diikuti semua pemain. "Pada masa ini, BWF ada peraturan berkaitan isu ini dan hingga tiba masa yang kami rasa perlukan perubahan kami akan lakukan tapi sehingga itu, semua pemain hendaklah mengikut peraturan ditetapkan," kata Setiausaha Agung BWF, Thomas Lund. Katanya, badan induk badminton dunia itu sentiasa mengkaji peraturan sedia ada dan cuba bersikap adil kepada semua pihak berkepentingan dalam sukan ini. Datuk Lee Chong Wei
"Kedua-dua faktor itu saling berkait dan kami tidak boleh sewenang-wenangnya mengubah peraturan." Beliau berkata, jumlah keseluruhan wang tunai ditawarkan bagi semua kejohanan Siri Super 2010 mencecah AS$2.65 juta (RM7.9 juta) dan ia meningkat pada 2011, kepada AS$4.5 juta (RM13.5 juta). Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/19 |
KAFA adu isu anggota tentera kepada FAM Posted: 18 Jan 2013 04:33 PM PST Kota Bharu: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sudah mengemukakan isu kehadiran anggota tentera dalam perlawanan menentang Johor Darul Takzim (JDT) kepada Pesuruhjaya Perlawanan dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa melalui kenyataan dalam laman facebooknya berkata, beliau belum bersedia mengulas lanjut perkara itu.
"Saya ingin dengar komen Menteri Pertahanan dan Menteri Belia dan Sukan. Saya juga menanti reaksi Panglima ATM kerana namanya dikaitkan juga.
Bagaimanapun, melalui tinjauan wartawan, Sultan Ibrahim tidak berada di stadium sebaliknya anggota komando GGK itu dilihat menaiki bas bersama pemain pasukan JDT.
Sementara itu, Setiausaha KAFA, Azman Ibrahim berkata, hanya polis yang boleh memberi penjelasan ketiadaan anggota FRU.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan